Pelakon Puteri Balqis gagal menahan air mata apabila mengenangkan kesetiaan ayah tirinya, Faris yang banyak membantu keluarganya menghadapi segala trauma.
Artikel Berkaitan: ‘Kami Tak Akan Benarkan Ibu Disaman, Bergari Seorang Diri’ – Puteri Balqis
Artikel Berkaitan: ‘Kau Acah Innocent, Suka Bila Orang Yang Tak Bersalah Kena’ – Tunang Puteri Balqis
Terima kasih Apak
Dalam temu bual bersama podcast Sembang Ohh Yeahh, Puteri Balqis, atau mesra dipanggil Aqish, mengucapkan terima kasih kepada Faris yang sentiasa hadir sebagai figura ayah yang bertanggungjawab.
Menurut Puteri Balqis, kesetiaan Faris yang sentiasa berada di sisi dirinya dan ibu tercinta, Norashikin, sangat bernilai, terutamanya selepas pengalaman dikhianati beberapa kali sebelum ini.
Saya tak suka menangis, walaupun saya banyak berlakon menangis.
Saya nak cakap terima kasih banyak-banyak pada Apak sebab saya membesar dengan hanya seorang wanita yang seperti seorang lelaki.
Dialah ayah, ibu, kawan, dialah semuanya.
Jadi untuk ada seorang ayah yang bermula daripada kawan, yang setia. Itu perkara yang sangat mahal bagi kami.
Yang dah pernah kena khianat berkali-kali ini, terima kasih banyak-banyak Apak.
‘Ayah yang tampil bila diperlukan’

Dalam pada itu, Aqish turut menyifatkan Faris sebagai satu figura yang menjadikan dirinya seperti seorang kanak-kanak yang normal tanpa sebarang paksaan.
Selain itu, Faris juga tidak dianggap sebagai seorang ayah tiri bagi pelakon berusia 18 tahun itu namun seseorang yang sentiasa ada bila diperlukan.
Dengan Faris saja saya dapat jadi budak-budak balik. Budak yang normal. Bukan yang dipaksa.
Orang nampak Faris tiba-tiba masuk dalam hidup saya, tiba-tiba nak bersuara lantang.
Tapi orang tak nampak hari-hari yang saya menangis sampai tak boleh bernafas, Faris yang akan tunggu depan pintu.
Kira saya punya pernafasan. Dia yang akan sentiasa ada.
Dia bukan ayah tiri tapi dia adalah seorang ayah yang tampil bila diperlukan.
Ayah yang sepatutnya saya ada, dan saya ada sekarang.
Sumber: TikTok @sembang.ouh.yeah
The post [VIDEO] ‘Dia Seorang Ayah Yang Bermula Daripada Kawan Setia, Itu Sangat Mahal Bagi Kami’ – Puteri Balqis Dedah Sisi Faris first appeared on OHBULAN!.





