27.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zul Ariffin Jadikan Makkah Sebagai Destinasi Utama – ‘Dulu Ke Laut, Sekarang Di Tanah Suci’

    Shopee Sale



    Berikutan tuntutan kerja, pelakon kacak Zul Ariffin terpaksa mengetepikan hasrat untuk menyambut Ramadan tahun ini di Tanah Suci.

    Komitmen kerja

    Ketika ditemui , Zul atau nama lengkapnya Zulkifli Ariffin memberitahu, dia kini perlu memberi komitmen penuh bagi projek filem selain jadual penggambarannya yang padat.

    Pada awalnya saya rancang nak menyambut awal puasa di sana tetapi saya ada penggambaran yang perlu dilaksanakan.

    Dalam masa yang sama, saya ada perancangan untuk menyambut Aidilfitri di Makkah tetapi keadaannya agak kelam kabut juga sebab saya perlu menjalani kelas latihan untuk filem.

    Siapa yang tak mahu pergi bukan? Tetapi terikat pula dengan komitmen kerja.

    Zul berkata demikian ketika ditemui di set penggambaran filem Wantugo di Shah Alam, baru-baru ini.

    Tanah Suci dekat di hati

     

    View this post on Instagram

    A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

    Dalam pada itu, aktor berusia 39 tahun itu turut memasang impian untuk sekali lagi menunaikan rukun Islam ke lima pada tahun ini.

    Untuk musim haji pun saya ada mengintai juga peluang ke sana, manalah tahu ada rezeki. Saya pasang sahaja angan-angan itu. 

    Menurut pelakon filem Sheriff tersebut, Tanah Suci telah menjadi destinasi utamanya malah tidak pernah menolak jika ada kesempatan ke sana.

    Dulu saya akan ke laut, sekarang dengan usia sebegini, kalau ada masa dan cuti saya akan ke Tanah Suci.

    Selalunya saya ke sana seorang diri jika ada masa. Alhamdulillah, pernah saya pergi cuma lima hari sahaja untuk tunai umrah.

    Insya-Allah kalau ada yang ajak ke sana saya tidak akan tolak, tetapi kalau tempat lain mungkin saya tak pergi.

    Terdahulu, Zul selamat menunaikan ibadah haji pada Jun 2023. Sebelum itu, Zul pernah menyatakan bahawa dia mahu berhijrah ke Makkah dan memulakan perniagaan di sana.

    MENARIK:  Nabila Tidak Boleh Marah, Perempuan Lain Boleh – Sharnaaz Ahmad

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah