29.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Suami Tak Izin Saya Bergandingan Dengan Hero Atau Berlakon Drama Cinta’ – Dahlia Rizal

    Shopee Sale



    Pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal memberitahu dia tidak mendapat restu daripada suami tercinta untuk menceburi bidang lakonan meskipun, namanya semakin dikenali ramai.

    Sukar hafal skrip

    Menerusi temu bual bersama Dahlia mengakui dia mempunyai minat untuk berlakon. Walau bagaimanapun, dia terpaksa melupakan hasrat tersebut buat sementara berikutan suaminya iaitu Imran Aqil tidak memberi galakkan kepadanya untuk menceburi bidang itu.

    Kalau suami beri izin sudah tentu saya tak menolak menceburi bidang lakonan. Buat masa ini, suami tak menggalakkan saya berlakon.

    Tapi, kalau berlakon dengannya tiada masalah. Suami tak izin saya bergandingan dengan hero atau berlakon drama cinta.

    Sebenarnya, saya bukan tak minat, tapi selalunya saya sukar hafal skrip bila berlakon untuk jenama produk.

    Bila saya berkongsi dengan suami mengenai kekurangan diri, suami anggap saya tak bersedia untuk berlakon meskipun ada tawaran.

    Dahlia yang ditemui pada satu majlis baru-baru ini, turut berkata, dia boleh berusaha untuk memperbaiki kekurangan diri cuma risau pengarah rimas dengannya.

    Suami pernah cerita kena marah, jadi saya rasa mungkin belum tiba masa. Tawaran memang ada, tetapi saya tak berani terima.

    MENARIK:  Bella Dally Tunai Ibadah Haji Bersama Suami 

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah