32.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hot FM Cipta Sejarah, Bersiaran Dari Merdeka 118

    Shopee Sale

    Stesen radio popular tanah air, Hot FM sekali lagi melakar sejarah apabila menjadi stesen radio pertama di Malaysia yang bersiaran secara langsung dari bangunan tertinggi negara, Merdeka 118.

    Artikel Berkaitan: Hot FM Masih Kekalkan Kedudukan Sebagai Stesen Radio No.1 Di Malaysia, Hampir 4 Juta Pendengar Mingguan!

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] KJ Minta ‘Podcaster’ Jaga Sensitiviti Sebelum Kerajaan Masuk Campur

    Cipta sejarah

    Gambar: Kredit Harian Metro

    Menerusi kempen istimewa #BekpesHotTaklukMerdeka118, siaran bersejarah itu dikendalikan oleh penyampai Bekpes Hot, Khairy Jamaluddin atau KJ, Fara Fauzana, AG dan Johan bermula jam 7 hingga 10 pagi.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio (MPA), Nazri Noran, #BekpesHotTaklukMerdeka118 merupakan kesinambungan kepada siri misi ekstrem yang pernah dilaksanakan oleh stesen tersebut sebelum ini.

    Antaranya termasuklah siaran langsung dari dalam kereta api berkelajuan tinggi (ETS), pendakian Gunung Kinabalu, siaran dari dasar laut, serta cabaran kayuhan sejauh 420 kilometer dari Alor Setar ke Shah Alam.

    Kempen ini juga menjadi simbol bahawa Hot FM bukan sekadar stesen radio, tetapi sebuah jenama hiburan yang sentiasa mencipta pengalaman luar biasa untuk para pendengar.

    Pendengar dibawa mengikuti perjalanan mereka bermula dari Aras 118, meningkat ke Aras 119, sehinggalah ke kemuncak tertinggi iaitu The Spire yang berketinggian 566 meter dari aras tanah.

    MENARIK:  Pasangan Pempengaruh Islamik Direman, Shuib Mohon Netizen Doa Yang Baik – ‘Biar Pihak Berwajib Jalankan Kerja’

    Difahamkan, pemilihan Merdeka 118 sebagai lokasi siaran luar kali ini adalah simbolik kepada keberanian, cabaran, dan semangat kental untuk sentiasa berada di puncak.

    Misi luar biasa itu turut menerima pengiktirafan rasmi daripada Asia Records dan ASEAN Records menerusi kategori ‘Highest Continuous Live Radio Broadcast from the World’s Second Tallest Building’.

    The post Hot FM Cipta Sejarah, Bersiaran Dari Merdeka 118 first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah