29.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bella Dally Tunai Ibadah Haji Bersama Suami 

    Shopee Sale

    Pelakon Bella Dally dikurniakan rezeki sebagai tetamu Allah dan kini sedang dalam perjalanan ke Mekah bagi menunaikan ibadah haji.

    Artikel Berkaitan: Bella Dally Bakal Sambung Belajar Di Universiti Oxford, Tak Rasa Tertekan Soal Zuriat – ‘Kami Percaya Pada Rezeki Allah’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wany Hasrita Kongsi Doa ‘Mustajab’, Dapat Tunai Haji & Naik Helikopter Ketika Hari Wukuf

    Tunai ibadah haji

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Stories (IGs), Bella atau nama lengkapnya Nabilah Ali Dally, 34, dilihat berjubah putih semasa menunggu penerbangannya ke Tanah Suci di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

    Pemergiannya sebagai tetamu Allah itu turut disertai suami tercinta, Ariff Izuddin Mohd Radzali.

    Pada perkongsian itu, dilihat beberapa rakan artis seperti Uyaina Arshad, Nurin Afiqah, Hawa Rizwana dan Syamim Freida yang turut hadir di KLIA.

    MENARIK:  [VIDEO] Individu OKU Gigih Cari Rezeki, Berdiri 10 Jam Jual Kerepek – ‘Sehari Paling Banyak Dapat RM34’

    Selain itu, rakan-rakan selebriti kepada pelakon berusia 34 tahun itu sempat meninggalkan pesanan ringkas agar dipermudahkan urusannya di Tanah Suci.

    Semoga selamat, sihat, bertenaga, hydrated, tenang dan sejahtera.

    Kami sayang Bella. Baik-baik di sana nanti.

    Selamat jalan sahabat. Semoga Allah permudahkan segala urusan ibadah haji Bella dan suami. Semoga mendapat haji mabrur dan maqbullah. Dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang perjalanan ibadah, selamat pergi dan balik.

    Sekadar info, Bella menjejakkan kaki di Tanah Suci, Mekah pertama kali pada 2019 bagi menunaikan ibadah umrah bersama suami.

    Bella sah bergelar seorang isteri kepada suaminya, Ariff pada 2019 .

    Pada 2016, Bella merupakan isteri kepada pelakon Nazim Othman dan berpisah pada 2018.

    The post Bella Dally Tunai Ibadah Haji Bersama Suami  first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah