30.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suspek kurung, liwat remaja ditahan

    Shopee Sale

    Polis menahan suspek yang dipercayai terlibat dalam kes mengurung dan meliwat seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bukit Kemuning, Seksyen 32 di Shah Alam, minggu lepas.

    Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata lelaki berusia lingkungan 40an itu ditahan di sebuah bilik sewa sekitar Kuala Lumpur pada 16 Mei lepas.

    “Suspek yang dibebaskan dari penjara pada April 2025, kini bekerja sebagai pemungut hutang.

    “Kita percaya bilik diduduki itu mungkin baru disewa setelah berpindah dari Shah Alam...itu kita akan tentukan nanti,” katanya pada Sidang Media Kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen Selangor hari ini.

    MENARIK:  Himpunan antirasuah: Pemimpin Umno pertahan Mat Sabu, bidas Hanipa

    Shazeli berkata hasil saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan lelaki terbabit kini direman sehingga esok bagi membantu siasatan.

    Sebelum ini, media melaporkan seorang remaja lelaki mendakwa dikurung, didera termasuk dipercayai diliwat lelaki tidak dikenali di sebuah pangsapuri di Bukit Kemuning, 12 Mei lepas.

    Siasatan awal polis mendapati suspek memperdaya mangsa dengan mengajak remaja itu berbual dengan menawarkan satu pakej internet telefon bimbit, dengan syarat mangsa membantu mengangkat barang dalam rumah suspek.

    Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Ramsay Embol turut dilaporkan berkata suspek juga mempunyai rekod merogol, merompak dan mengurung seorang wanita dan disabitkan kesalahan pada 2008.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah