26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sophia Albarakbah Syukur Keluarga Tak ‘Menekan-Nekan’ Tanya Fasal Jodoh – ‘Mereka Hormat’

    Shopee Sale

    Pelakon, Sophia Albarakbah memberitahu keluarganya tidak pernah memberi tekanan dalam soal jodoh, sebaliknya sentiasa menghormati ruang peribadinya.

    Artikel Berkaitan: Sophia Albarakbah Syukur Lakonan Semakin Diterima, Enggan Dikenali Kerana Isu Peribadi – ‘Saya Akan Beri Yang Terbaik’

    Soalan jodoh

    Menurut Sophia, sikap terbuka dan memahami dalam kalangan ahli keluarga menjadi antara perkara paling dihargainya, terutama apabila melibatkan hal peribadi seperti perkahwinan.

    Keluarga saya jenis tak menekan-nekan. Itu yang saya rasa istimewanya keluarga saya ini sebab mereka hargai privasi kita dan tak bertanya soalan-soalan (berkaitan jodoh) macam itu.

    Tapi sekiranya saya dapat soalan macam itu, saya akan jawab ‘tak tahu la sebab jodoh, kematian ini kita tak tahu’ Lagipun mereka (keluarga) hormati apa saja keputusan yang kita nak buat.

    Dalam pada itu, Sophia turut berkongsi bahawa dia akan menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur bersama keluarga tercinta.

    Saya selamanya memang team raya KL. Bukan tak ada kampung, tapi saudara mara saya semua dah duduk sini. Jadi kami memang team raya KL saja.

    Berkongsi keterujaannya setiap kali Syawal menjelma, Sophia mengakui momen berkumpul bersama sepupu menjadi antara perkara yang paling dinantikan.

    Bila raya ini paling saya teruja nak jumpa sepupu. Sebab kami semua dah besar dan ada kehidupan masing-masing. Jadi waktu raya la dapat berkumpul sama.

    Selain itu saya ternanti-nantikan juadah raya sebab mak cik saudara dan sepupu saya semuanya pandai masak.

    The post Sophia Albarakbah Syukur Keluarga Tak ‘Menekan-Nekan’ Tanya Fasal Jodoh – ‘Mereka Hormat’ first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Syasya Rizal Jatuh Cinta Dengan Suami Sebab Wajah Mirip Nobita – ‘Saya Memang Suka Cerita Doraemon’

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah