26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Sokong Puteri Balqis, Cuma Sebagai Lelaki Kita Kena Jaga Bahasa Walau Sejahat Mana Sekalipun Dia’ – Daler Yusuf

    Shopee Sale

    Pelakon Daler Yusuf menjelaskan tentang kenyataannya sebelum ini, yang kurang senang dengan tindakan tunang dan bapa tiri kepada Puteri Balqis kerana mencampuri urusan aktres itu susulan isu bersama pelakon Mia Sara Nasuha.

    Artikel Berkaitan: Daler Yusuf Tegur Kekasih & Bapa Tiri Puteri Balqis – ‘Tak Elok Cara Tu, Kurang Ajar & Kasar’

    Artikel Berkaitan: ‘Rasa Nak Menangis’ – Individu Kongsi Puteri Balqis & Keluarga Tak Berkira Walau Terima Bayaran Rendah

    Menentang buli

    Menerusi hantaran di Threads, tinjauan mendapati, rata-rata warganet tidak bersetuju dengan kenyataan Daler.

    Tidak berdiam diri, Daler atau nama lengkapnya Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 34, menegaskan bahawa dia tetap menyokong Puteri Balqis dan menentang perbuatan buli.

    Bagaimanapun, Daler berpendapat, kaum Adam tidak sepatutnya menghamburkan kata-kata kesat terhadap perempuan.

    Saya memang menyokong Balqis dan saya sangat tak suka bila orang buli orang lain, sama ada online atau depan-depan. Saya menentang buli.

    Saya tidak bercakap apa-apa tentang mereka. Niat saya cuma nak ingatkan sebagai lelaki, kita kena jaga bahasa dan adab bila bercakap pasal perempuan, walaupun dia sejahat mana sekali pun.

    Tak boleh kurang ajar, itu sahaja.

    Takkan mudah menuduh

    Dalam pada itu, Daler berkata, dia juga tidak akan sewenang-wenangnya mendakwa atau menyebarkan kekhilafan mana-mana individu meskipun mempunyai bukti.

    Ya, sebagai lelaki saya tak akan tuduh perempuan tu pasal kehamilan luar nikah atau pengguguran kandungan tanpa bukti yang jelas.

    Walaupun saya ada bukti, saya takkan post di IG Story. Ia kurang ajar dan kalau tak betul dosa besar.

    Terdahulu, Daler tidak bersetuju dengan tindakan tunang dan bapa tiri Puteri Balqis yang didakwa bersikap biadab terhadap Mia.

    MENARIK:  [VIDEO] Ustaz Adnin Perjelas Hukum Wanita Haid Tak Basuh Pad, Tepis Mitos Tak Berasas – ‘Makanan Jin Bukan Darah’

    Sebelum itu, kecoh di media sosial, apabila Puteri Balqis menyeru nama Mia ekoran dakwaan terpalit dengan isu memburukkan keluarganya.

    Dakwa Puteri Balqis, Mia turut memburukkan ibunya secara terbuka, selain meninggalkan tanda suka pada komen berunsur hinaan.

    Isu tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada rakan-rakan seindustri dan warganet, yang rata-rata dilihat memberi kata-kata semangat terhadap Puteri Balqis.

    Sumber: Threads

    The post ‘Saya Sokong Puteri Balqis, Cuma Sebagai Lelaki Kita Kena Jaga Bahasa Walau Sejahat Mana Sekalipun Dia’ – Daler Yusuf first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah