27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ustaz Adnin Perjelas Hukum Wanita Haid Tak Basuh Pad, Tepis Mitos Tak Berasas – ‘Makanan Jin Bukan Darah’

    Shopee Sale

    Pendakwah bebas, Ustaz Adnin memberikan penjelasan berkenaan hukum wanita yang didatangi haid tidak membasuh pad sekali gus menolak mitos-mitos yang tidak berasas.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Di Akhirat, Allah Tak Aibkan Dosa Orang Beriman’ – Ustaz Adnin

    MENARIK:  [VIDEO] Pakar Perubatan Kongsi 5 Sebab Kena Makan Durian – ‘Boleh Kurangkan Risiko Masalah Jantung, Kencing Manis’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Adnin Kongsi 5 Tanda Taubat Diterima Allah SWT

    Mitos atau betul?

    " data-video-id="7622562114741210376" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @adninroslan

    Dengar sampai habi

    ♬ Sad Scene BGM Piano Instrument(313618) – HomeMadeGarbage

    Menerusi muat naik di TikTok, Ustaz Adnin menjelaskan bahawa dakwaan kononnya terdapat jin yang akan menjilat darah tersebut adalah sekadar mitos yang tidak berasas.

    Mitos. Tiada satu hadis pun yang sebut mengenai perkara itu. Sunat untuk tanam pad dan yang kedua harus kalau buang dalam tong sampah.

    Kena buang elok-elok. Tiada seorang ulama kata wajib basuh. Kalau nak basuh atas dasar kebersihan tiada masalah tapi jangan anggap ia wajib dan sunah.

    Jangan pandang rendah pada mereka yang tidak basuh.

    Jelasnya, apabila mitos itu tersebar akan wujud dua kelompok dalam masyarakat.

    Katanya, yang pertama merasakan agama Islam itu susah dan kedua memandang remeh terhadap wanita period yang tidak membasuh pad.

    Hal-hal ghaib seperti jin itu semua perlu bersandarkan wahyu, bukan main cakap saja.

    Tapi ini antara mitos yang sering tersebar terutamanya dekat asrama di sekolah.

    Mengulas lebih lanjut, Ustaz Adnin berkata makanan jin bukanlah darah haid wanita.

    Yang sahihnya, makanan jin bukanlah darah haid wanita. Makanan mereka seperti tulang yang tidak disembelih atas nama Allah.

    Yang kedua, makanan manusia yang makan tanpa baca bismillah.

    Yang ketiga kotoran haiwan.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Ustaz Adnin Perjelas Hukum Wanita Haid Tak Basuh Pad, Tepis Mitos Tak Berasas – ‘Makanan Jin Bukan Darah’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah