Finalis program Islamik Mualim Muda iaitu Anas menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT selepas diumumkan sebagai juara.
Artikel Berkaitan: Mualim Shamsul Bagi Pencerahan Boleh Ke Wanita Nak ‘Travel’ Solo
Jual kereta
View this post on Instagram
Ketika ditemui , Anas mendedahkan bahawa dia sanggup menjual keretanya demi merealisasikan impian sebagai peserta. Ternyata pengorbanan itu membuahkan hasil apabila Anas dinobatkan sebagai juara sulung program tersebut.
Saya datang ke Mualim Muda ini dengan satu pengorbanan besar, iaitu saya menjual kereta saya. Ketika itu saya diuji dengan sedikit ujian kehidupan.
Saya beritahu isteri, ‘Tak mengapa, abang jual kereta dulu. InsyaAllah kalau ada rezeki dalam Mualim Muda, kita beli kereta baharu.
Dalam masa sama, Anas turut merakamkan penghargaan kepada keluarga tercinta yang tidak henti mendoakan kejayaannya.
Antara perkara pertama yang saya ingin berikan dari kemenangan ini adalah untuk isteri dan ibu saya. Pengorbanan mereka sangat besar dan saya ingin mendapatkan keberkatan itu terlebih dahulu.
Kemenangan ini sebenarnya datang daripada pengorbanan. Sejak minggu pertama, saya tidak dapat pulang berjumpa anak-anak, isteri dan terutamanya ibu saya. Biasanya, bila ibu saya tak sihat, saya akan balik menjenguknya.
Tetapi disebabkan kekangan program dan jadual yang padat, kami hanya diberi cuti pada hari Ahad sahaja dan saya tidak dapat pulang.
Sementara itu, Anas turut mengakui bahawa kesemua peserta program tersebut mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing.
Kesemua 10 peserta Mualim Muda ini semuanya berbakat dan hebat. Masing-masing ada kelebihan tersendiri.
Ada yang pakar dalam hukum syarak, ada yang arif tentang undang-undang mahkamah, ada yang berlatarbelakangkan peguam dan ada yang sangat kuat dari sudut dalil. Kami saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain.
Untuk info, Anas berjaya meraih hadiah wang tunai sebanyak RM30,000 dan trofi pada malam final tersebut.
Lebih manis, Anas juga membawa pulang hadiah berupa pakej umrah, kontrak sebagai duta Apcel Cafe bernilai RM50,000 serta kontrak bersama pengurusan Rocketfuel Entertainment dan dilantik menjadi duta saluran Astro Oasis.
Tempat kedua disandang oleh Amar, tempat ketiga Luqman manakala tempat keempat ialah Asyraf. Mereka masing-masing membawa pulang wang RM5,000, pakej umrah dan trofi.
The post ‘Saya Berkorban Jual Kereta’ – Anas Syukur Dinobat Juara Sulung Mualim Muda first appeared on OHBULAN!.





