33.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rita Rudaini Pertahan Siti Nurhaliza Sembahyang Tanpa Telekung – ‘Yang Tanya Tu Solat Tak?’

    Shopee Sale

    Pelakon, Rita Rudaini meluahkan pandangan berhubung perdebatan netizen mengenai isu solat tanpa telekung yang melibatkan biduanita negara, Siti Nurhaliza.

    Artikel Berkaitan: ‘Dah Banyak Rekod Hutang Nafkah, Tunggu Waktu Kemuncak Saya Akan Muncul’ – Rita Rudaini

    Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Aidil Zafuan Tak Pernah Culas Bayar Nafkah, Rita Rudaini Minta Tunjuk Resit

    Pakaian solat

    Menurut pemilik nama Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 50, pakaian Siti Nurhaliza itu sudah cukup menepati syarat sah solat iaitu menutup aurat.

    Rita turut menegaskan pakaian itu sudah memadai untuk menunaikan solat tanpa memakai telekung secara khusus.

    Ada sajalah manusia ni. Yang asyik tanya tu, solat tak? Kalau solat mesti tahu syarat sah solat.

    Apa saja pakaian yang menutup aurat dengan sempurna adalah sah untuk digunakan ketika solat.

    Takkan itu pun tidak tahu?

    Dalam kesempatan itu, Rita sempat berseloroh sikap segelintir pihak yang disifatkan gemar mencari kesalahan orang lain tanpa menilai diri sendiri terlebih dahulu.

    Hidup kalau suka sangat nak cari silap orang sampai lupa tengok diri sendiri dekat cermin.

    Terdahulu, segelintir pihak mempertikaikan tindakan Siti Nurhaliza yang dilihat menunaikan solat tanpa telekung hingga menjadi topik hangat di media sosial.

    MENARIK:  ‘Terima Kasih Melahirkan & Membesarkan Adik, Semoga Mama Diberkati & Dilindungi Allah’ – Anna Jobling

    Sumber: Instagram

    The post Rita Rudaini Pertahan Siti Nurhaliza Sembahyang Tanpa Telekung – ‘Yang Tanya Tu Solat Tak?’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah