Pelakon Anna Jobling menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada insan istimewa dalam hidupnya, ibunda tercinta, Ariz Arop, sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25 hari ini.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Nampak Kesakitan Yang Dilalui Disebabkan Seorang Individu’ – Pembantu Peribadi Anna Jobling
Artikel Berkaitan: Peguam Perjelas Mengenai Perintah Injuksi, Tunjuk Bukti Ibu Anna Jobling Bukan Dihalau Keluar Kereta
‘Terima kasih juga buat mama’

Menerusi hantaran di Instagram Story, Anna atau nama lengkapnya Anna Elissa Gustin, 25, mengucapkan penghargaan kepada semua yang menyampaikan ucapan hari lahir kepadanya.
Terima kasih banyak-banyak di atas semua ucapan hari lahir. Anna baca semuanya, ketahuilah setiap mesej amat bermakna buat saya
Pelakon drama Melur Untuk Firdaus ini turut menitipkan doa dan menzahirkan rasa syukur atas pengorbanan ibunya dalam membesarkannya.
Terima kasih juga buat mama kerana melahirkan dan membesarkan adik. Adik doakan mama sentiasa diberkati dan dilindungi Allah.
Pelakon itu turut memohon doa daripada peminat dan pengikutnya agar diberikan yang terbaik ketika melangkah ke fasa baharu dalam hidupnya.
Doakan yang terbaik untuk Anna dalam melangkah ke fasa baru ini.
Sumber: Instagram Anna Jobling
The post ‘Terima Kasih Melahirkan & Membesarkan Adik, Semoga Mama Diberkati & Dilindungi Allah’ – Anna Jobling first appeared on OHBULAN!.





