Bulan Ramadan, bulan penuh keberkatan. Apatah lagi ketika kita melakukan amal kebajikan berlipat kali ganda pahala yang dijanjikan.
Mahu berkongsi kebaikan bersama komuniti, Ribena melalui Program OHKasih telah turun padang menyantuni 3 buah sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Melawati, Sekolah Kebangsaan Jalan 3, Bandar Baru Bangi dan Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9.
Pelbagai aktiviti diadakan!
Kalau korang nak tahu, pelbagai aktiviti diadakan antaranya sesi perkongsian tentang makanan bernutrisi, cat mural dinding sekolah dan interaktif games.
Walaupun, program diadakan dalam keadaan sederhana namun suasana cukup meriah diiringi gelak tawa pelajar-pelajar yang terlibat. Semuanya excited dapat sertai program OHKasih bersama Ribena.

“Murid-murid ni kalau kita tengok Ramadan, Patutnya lesu tak larat kan? Haus tapi bila ada program Ribena bersama Media Prima, diaorang nampak bersemangat,” kata Puan Zuliana salah seorang guru yang bertugas semasa hari kejadian.
Bina semangat kebersamaan dan kerjasama
Melalui aktiviti seperti ini semangat kebersamaan jelas terasa, apatah lagi ketika pelajar-pelajar tadi saling bantu-membantu dan bekerjasama menjalankan tugas yang diberikan.
“Program seperti ini boleh mengasuh dan mendidik anak-anak untuk bekerjasama,” tambah Puan Zuliana.

Pengurus Besar, Suntory Beverage & Food Malaysia, Janice P’ng, turut berharap inisiatif seperti ini dapat diteruskan dalam usaha membawa kegembiraan kepada pelajar-pelajar untuk mereka ingati dan kenang di masa akan datang.
Apa yang pasti, melalui OHKasih bersama Ribena, ketiga-tiga buah sekolah ini memiliki 1 pengalaman yang sama. Semoga setiap jejak yang ditinggalkan oleh program ini kelak menjadi sebuah kenangan yang bermakna buat mereka semua.
The post OHKasih Ribena Santuni 3 Buah Sekolah Meriahkan Sambutan Ramadan first appeared on OHBULAN!.





