26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Penasihat Kewangan Kupas Isu Pengantin Ganti Salam Kaut ‘QR Code’ – ‘Jangan Malukan Diri & Keluarga’

    Shopee Sale

    Penasihat kewangan, Faiz Azmi tampil mengulas isu segelintir pasangan pengantin yang menggantikan salam kaut kepada sistem ‘Qr code’.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Culas Nafkah? Bersedia Untuk Simpanan Disita’ – Penasihat Kewangan Titip Pesanan Buat Para Lelaki

    MENARIK:  Datin Red Minta Maaf, Akui Terlalu Emosi Dedah Jual Tanah Untuk Bantu Suami

    Artikel Berkaitan: ‘Pandai Eh, Dia Main ‘Salam Kaut’ Lepas Tu Lari’ – Norman Hakim Sebak Anak Perempuan Hulur ‘Duit Poket’

    Salam kaut ganti ke Qr code

    " data-video-id="7569926698251095303" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @financialfaiz

    QR code ganti salam kaut? Dalam majlis kahwin mesti kita selalu nampak la kan jenis yang salam kaut ni. Tapi kalini dah siap sediakan QR code lagi. #financialfaiz #wedding #kahwin #rajasehari #adat

    ♬ original sound – Financial Faiz – Financial Faiz

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Faiz menyatakan lima rukun nikah di mana tiada yang menekankan untuk pasangan pengantin mengadakan majlis resepsi secara bermewah-mewahan.

    Ujarnya, individu yang ingin mendirikan rumah tangga sepatutnya mengikut kemampuan kewangan tanpa perlu meminta-minta.

    Ada orang mengadu pengantin letak Qr code dekat atas meja. Dia minta duit.

    Ini pendapat saya. Bila nak kahwin, ada lima rukun nikah.

    Tiada satu pun yang mengatakan perlu buat majlis, pelamin dan bulan madu.

    Kalau tak mampu, buat cara tak mampu. Tak perlu buat macam ini.

    Kalau nak kahwin, kahwin ikut kemampuan.

    Buat nikah biasa pun okay.

    Janganlah sampai kita minta duit secara terbuka. Jangan malukan diri sendiri dan keluarga.

    Reaksi netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Faiz untuk mengutamakan yang wajib bagi mendirikan rumah tangga. Selain itu, warganet turut berharap agar budaya meminta-minta tidak diteruskan.

    Sumber: TikTok @financialfaiz

    The post [VIDEO] Penasihat Kewangan Kupas Isu Pengantin Ganti Salam Kaut ‘QR Code’ – ‘Jangan Malukan Diri & Keluarga’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah