32 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nur Izzudin Dapat Dua Hadiah Istimewa, Rangkul Juara Terbuka China & Timang Bayi Sulung – ‘Rezeki Anak Itu Luas’

    Shopee Sale



    Selepas memenangi kejuaraan badminton Terbuka China bersama pasangannya Goh Sze Fei, rezeki bagaikan melimpah ruah buat pemain badminton beregu negara iaitu Nur Izzuddin Mohd Rumsani apabila menimang cahaya mata sulungnya pada Isnin.

    Timang cahaya mata sulung

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Mawar Mutiara (@mawarmutiara)

    Menerusi perkongsian isteri Izzuddin di Instagram (IG), isteri kepada Izzuddin yang dikenali sebagai Mawar Mutiara memuat naik gambarnya bersama Izzuddin yang sedang menggendong anak sulung mereka sambil meluahkan rasa syukurnya kepada Ilahi.

    Lebih manis, mereka difahamkan menimang cahaya mata mereka itu sewaktu ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama pada Isnin, 23 September 2024.

    Selepas setahun menjalin cinta melayar bahtera perkahwinan, kini kehidupan kami diberkati dengan rahmat kelahiran bayi kami.

    Selamat ulang tahun perkahwinan yang pertama, sayangku.

    Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya menitipkan ucapan tahniah kepada Izzuddin dan isteri atas kelahiran cahaya mata pertama mereka itu.

    MENARIK:  Ikmal Amry Minta Netizen Berhenti Bandingkan Dengan Jefri Nichol – ‘Aku Bapa Orang, Anak Masuk Tiga’

    Terdahulu, Izzuddin dan Goh Sze Fei mencipta kejutan apabila menjadi pasangan regu pertama dari Malaysia merangkul gelaran dalam kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 1000.

    Kemenangan mereka itu sekali gus menamatkan kemarau 35 tahun Malaysia bagi muncul juara kategori beregu lelaki pada temasya kejohanan Terbuka China.

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah