30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    World Cup 2026: Gol Messi Cipta Rekod Penjaring Terbanyak Piala Dunia Sepatut Tidak Dikira

    Shopee Sale

    Jaringan yang dilakukan bintang Argentina, Lionel Messi ketika memecahkan rekod penjaring terbanyak sepanjang sejarah Piala Dunia sepatutnya tidak disahkan, kata bekas penjaga gol Denmark, Peter Schmeichel.

    Artikel Berkaitan: World Cup 2026: Ronaldo Nobat Messi GOAT – ‘Dia Pemain Terbaik Sepanjang Zaman’

    Artikel Berkaitan: Sari Yanti Geli Hati Bantu Jep Hantar DM Untuk Cristiano Ronaldo – ‘Saya Tahu Awak Sibuk, Balas Mesej Ini Selepas Menang’

    Gol tersebut wajar dibatalkan

    Memetik sumber Berita Harian, Messi mencatatkan gol ke-17 peribadinya di pentas Piala Dunia pada penampilan ke-28 apabila meledak gol ketika aksi menentang Austria menerusi rembatan kaki kiri hasil hantaran lintang yang diterimanya di dalam kawasan penalti.

    Namun begitu, pengulas Fox Sports, Schmeichel Sports berpendapat gol tersebut wajar dibatalkan.

    Menurut bekas penjaga gol Manchester United, mendakwa pengadil perlawanan, Amin Mohamed Omar, terlepas satu insiden kekasaran yang berlaku dalam gerakan sebelum jaringan berkenaan tercipta.

    Dalam pada itu Schmeichel mendakwa, pemain tengah Argentina yang juga tonggak Liverpool, Alexis Mac Allister, telah melakukan kekasaran terhadap pemain RB Leipzig, Xaver Schlager, sebelum pasukannya memperoleh gol.

    Saya tidak fikir gol itu sepatutnya dikira.

    Fikirkan bagaimana situasi itu bermula, terdapat sentuhan dari belakang ke atas Xaver Schlager.

    Ia adalah sepakan percuma, Mac Allister menjatuhkan pemain itu.

    Sepatutnya pengadil memberikan sepakan percuma.

    VAR sepatutnya menyemak semula insiden itu dan ia kesilapan oleh pengadil dan sebab itu saya berasa sedikit kecewa.

    Susulan itu, reaksi sama turut dizahirkan oleh sebahagian penyokong di media sosial yang mempertikaikan keputusan pengadil.

    FIFA korup. Bagi tahu saya mengapa tiada satu pun video menunjukkan kekasaran ke atas pemain Austria yang membawa kepada gol Messi?

    Tiada VAR, tiada apa-apa. Penipu.

    Adakah FIFA benar-benar cuba memberi kelebihan kepada Argentina?

    Terdapat kekasaran jelas ke atas pemain Austria sebelum Argentina menjaringkan gol.

    Perlawanan sebelum ini Messi juga melakukan kekasaran yang sepatutnya dilayangkan kad merah. Apa sebenarnya yang sedang berlaku?

    Kekasaran yang jelas sebelum gol Messi itu. Pada tahap ini ia benar-benar memalukan.

    Walaupun menerima bantahan daripada Schmeichel dan penyokong, keputusan pengadil kekal dan jaringan tersebut terus disahkan.

    MENARIK:  Wanita Kesal Mentua Minta Bagi Seorang Anak Pada Kakak Ipar Selepar Lahirkan Kembar Tiga – ‘Dia Cakap Kalau Bagi Tak Luak Pun’

    Messi kemudiannya menambah satu lagi gol pada masa kecederaan bagi menjadikan jumlah keseluruhan jaringannya di Piala Dunia kepada 18 gol, sekali gus mengungguli senarai penjaring terbanyak sepanjang sejarah kejohanan itu.

    Sumber: Berita Harian

    The post World Cup 2026: Gol Messi Cipta Rekod Penjaring Terbanyak Piala Dunia Sepatut Tidak Dikira first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah