Pelakon, Ikmal Amry meminta orang ramai menghentikan perbandingan antara dirinya dengan aktor Indonesia, Jefri Nichol yang dikatakan mempunyai raut wajah hampir sama.
Artikel Berkaitan: Ikmal Amry Tak Berahsia, Izinkan Isteri Periksa Telefon & Media Sosial
‘Jangan bandingkan’

Menerusi hantaran di Threads, Ikmal, 31, berkata, perkara tersebut tidak perlu diperbesarkan apatah lagi dirinya kini sudah bergelar seorang bapa dan mahu fokus kepada kehidupan serta kerjaya sendiri.
Sudah-sudahlah, jangan membanding-bandingkan. Aku ini bapa orang, anak nak masuk tiga, apa pun, salam kenal dik (Jefri Nichol).
Menariknya, kenyataan itu turut mendapat respon daripada Jefri yang dilihat aktif di platform sama sejak kebelakangan ini.
Waalaikumsalam abang! Sihat selalu abang Ikmal dan keluarga ya.
Sejak kebelakangan ini, nama Ikmal hangat diperkatakan selepas segelintir netizen mula menyamakan penampilan dan wajahnya dengan Jefri, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat.
Perbandingan tersebut semakin menjadi bualan susulan populariti Ikmal yang melonjak menerusi lakonannya sebagai Fahim dalam drama Khianat Yang Terpilih.
Sumber: Threads
The post Ikmal Amry Minta Netizen Berhenti Bandingkan Dengan Jefri Nichol – ‘Aku Bapa Orang, Anak Masuk Tiga’ first appeared on OHBULAN!.





