32.9 C
Kuala Lumpur
Monday, June 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bersama sasar 15 kerusi pada PRN Johor, lapan milik Umno

    Shopee Sale

    Parti Bersama Malaysia mengumumkan hasratnya untuk meletakkan calon di 15 kerusi bagi pilihan raya negeri (PRN) Johor pada 11 Julai ini dengan sebahagian besar keusi yang menjadi sasarannya adalah yang kini dipegang oleh wakil rakyat Umno.

    Dalam satu kenyataan hari ini, parti yang diterajui oleh bekas pemimpin PKR Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad itu berkata kerusi berkenaan dinilai berdasarkan pelbagai faktor, termasuk latar belakang pengundi, dan menggunakan tinjauan serta data yang dikumpul sepanjang enam bulan lalu.

    Kerusi berkenaan, yang kebanyakannya terletak di selatan Johor, juga ditentukan selepas mengambil kira maklum balas orang ramai terhadap Bersama setakat ini, dengan parti itu turut melihat kesesuaian calonnya dan keupayaan untuk menguruskan kempen pilihan raya secara berkesan di kawasan pilihan raya yang dipilih.

    Antara 15 kerusi yang disasarkan oleh Bersama, lapan kini disandang oleh Adun Umno iaitu: Bukit Naning, Mahkota, Tiram, Permas, Larkin, Kempas, Kota Iskandar, dan Bukit Permai.

    Lima lagi kerusi - Johor Jaya, Stulang, Perling, Skudai, dan Senai - dipegang oleh DAP. Dua baki kerusi ialah Puteri Wangsa (Muda) dan Bukit Batu (PKR).

    MENARIK:  Madani Mart: Peguam sanggah hujah 'bukan francais' Fuziah

    Calon-calon untuk kerusi berkenaan akan diumumkan pada malam Jumaat, sehari sebelum hari penamaan calon.

    Untuk mendapat majoriti mudah dan membentuk kerajaan di dewan undangan negeri Johor yang mempunyai 56 kerusi, sesebuah parti atau gabungan perlu memenangi sekurang-kurangnya 29 kerusi.

    Bersama menambah bahawa sistem kempen bersepadunya akan dilancarkan esok bagi membolehkan anggota parti dan orang awam memilih aktiviti kempen pilihan raya yang ingin mereka bantu.

    “Bersama berhasrat untuk merintis kempen pilihanraya moden yang tidak memerlukan perbelanjaan pilihan raya yang besar dengan mengaktifkan seberapa ramai ahlinya dan orang ramai dari seluruh Malaysia membantu kempen di 15 kerusi ini secara sukarela.

    “Bagi Bersama, PRN Johor 2026 bukan sahaja medan berebut kerusi dan pangkat untuk orang-orang politik.

    “Ia peluang untuk merintis budaya politik yang lebih berfokus kepada penyelesaian masalah rakyat dan masa depan negara dan rakyat,” kata mereka lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah