Pempengaruh media sosial, Marissa Dania reda menerima ketentuan Ilahi apabila rumah tangganya bersama Ahmad Aslam telah berakhir selepas Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengesahkan mereka sah bercerai.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Doakan Yang Terbaik Untuk Marissa, Berhenti Libatkan Umisya’ – Aslam
Reda

Marissa atau nama penuhnya Marissa Dania Hakim, 22, berkata dia menerima takdir yang telah diaturkan buatnya dan memilih untuk meneruskan kehidupan seperti biasa dengan hati yang terbuka.
Insya-Allah saya kuat. Saya okay dan reda. Semoga yang baik-baik sahaja selepas ini. Doakan saya.
Marissa berkata demikian selepas mahkamah mengesahkan pengesahan lafaz cerai dan rujuk di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada Rabu.
Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai hubungannya dengan Aslam selepas ini dan adakah mereka masih boleh berkawan meskipun tidak lagi bergelar suami isteri, Marissa memilih untuk tidak mengulas lanjut.
Anak kepada pelakon Abby Abadi itu juga enggan berkongsi lebih banyak mengenai perasaannya atau menceritakan secara terperinci situasi yang dilaluinya selepas perceraian tersebut.
Terdahulu, peguam syarie yang mewakili Ahmad Aslam, Muhammad Ammar Yaser, mengesahkan pasangan berkenaan bukan lagi suami isteri selepas mahkamh membuat keputusan berhubung status perkahwinan mereka.
The post [VIDEO] Marissa Kuat, Reda Bukan Lagi Isteri Aslam first appeared on OHBULAN!.





