30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ubai Imbas Detik Cemas, Tiga Kali Nyaris Maut Dalam Kemalangan – ‘Berguling Atas Highway, Kereta Elak Langgar Saya’

    Shopee Sale

    Personaliti media sosial Ubai MZ berkongsi pengalaman ngeri yang pernah dilaluinya apabila berdepan tiga insiden kemalangan berasingan yang hampir meragut nyawanya.

    Artikel Berkaitan: ‘Adik Meninggal Seminggu Sebelum Bertunang & Mak Meninggal 6 Hari Sebelum Saya Bernikah’ – Ubai

    Artikel Berkaitan: Ubai Mz Impi Bina Rumah Kampung Dengan Laman Luas – ‘Tak Sabar Nak Tunggu Loan Rumah & Kereta Habis Bayar’

    Perkongsian Ubai

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, Ubai atau nama lengkapnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, mengimbas kembali ketika dia menunggang motosikal di Lebuhraya Persekutuan apabila sebuah kenderaan didakwa tidak memberikan isyarat semasa menukar lorong.

    Kemalangan dekat Lebuhraya Persekutuan, naik motosikal elak kereta tak bagi signal, guling atas highway.

    Tiga ke empat buah kereta elak untuk langgar saya. Syukur masih selamat.

    Insiden kedua pula berlaku di Lebuhraya Baru Pantai, ketika Ubai sekali lagi menunggang motosikal, lalu kenderaan dari arah bertentangan memasuki laluannya.

    Kemalangan dekat NPE (New Pantai Expressway), naik motosikal. Sebab ada kereta lawan arus, melayang dekat jalan sebelah.

    Syukur masih selamat.

    Selain itu, suami kepada penyanyi Shila Amzah ini juga berdepan dengan detik cemas apabila mendakwa terdapat tumpahan minyak di atas jalan raya sehingga menyebabkan kereta yang dipandu hilang kawalan dan mengalami kerosakan teruk.

    Kemalangan di Subang, orang tabur minyak. Berpusing kereta, total lost.

    Nasib baik tak jatuh fly over. Syukur masih selamat.

    Walau bagaimanapun, Ubai tetap mengucapkan rasa syukur kerana terselamat dari semua insiden tersebut dan diberikan peluang untuk meneruskan kehidupan.

    MENARIK:  [VIDEO] Aliff Syukri Dedah Perbelanjaan Bulanan Hampir RM60,000 – ‘Makan Saja Dah RM15,000’

    Sumber: Threads

    The post Ubai Imbas Detik Cemas, Tiga Kali Nyaris Maut Dalam Kemalangan – ‘Berguling Atas Highway, Kereta Elak Langgar Saya’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah