Korang yang tengah plan nak bercuti pertengahan tahun ni, apa kata ubah angin untuk cuba merasai musim sejuk kat Australia pulak?
Haa… sempena musim sejuk 2026 ni (dari Jun sampai Ogos), Melbourne dan wilayah Victoria dah ready nak tawarkan korang dengan pelbagai pengembaraan luar biasa yang sesuai untuk semua peringkat umur!
Bukan setakat cuaca sejuk je tahu, tapi kota Melbourne sekarang tengah ‘hidup’ dengan pelbagai festival lampu, pameran seni bertaraf dunia, pesta makanan dan aktiviti outdoor yang memang jauh beza daripada kebiasaan kat negara tropika kita ni.
Paling penting, percutian korang pasti lebih tenang sebab kemudahan mesra Muslim macam ruang solat dan pilihan makanan halal memang senang gila nak jumpa sepanjang laluan percutian korang kat sana.
Tak tahu nak mula kat mana? Ayuh min kongsikan 9 aktiviti paling top yang korang kena masuk dalam bucket list!
1. Saksikan Kemewahan Dunia Di Pameran Cartier (NGV International)
View this post on Instagram
Buat peminat seni dan perhiasan mewah, pameran Melbourne Winter Masterpieces 2026: Cartier ni memang wajib singgah!
Berlangsung dari 12 Jun hingga 4 Oktober 2026 kat NGV International, korang boleh lihat sendiri lebih 300 koleksi perhiasan ikonik macam tiara, rantai, jam tangan, dan reka bentuk eksklusif yang pernah dimiliki oleh tokoh-tokoh terkenal dunia. Memang silau mata tengok keindahan rekaan eksklusif Cartier!
2. Layan Vibes Romantik Di Lightscape (Royal Botanic Gardens)

Bayangkan berjalan malam-malam dalam taman yang penuh dengan limpahan cahaya lampu berskala besar beserta muzik dan visual artistik yang menenangkan.

Dari 12 Jun hingga 2 Ogos 2026, Royal Botanic Gardens Melbourne akan berubah menjadi laluan cahaya magis menerusi pengalaman Lightscape. Ngam sangat nak bawa family atau pasangan ambil gambar buat kenangan kat sini!
3. Nikmati ‘Salji’ Klasik Di Winter Wonderlights (Ballarat)

Nak feel macam dalam filem klasik musim sejuk? Korang patut cuba ke Sovereign Hill, Ballarat untuk festival Winter Wonderlights dari 26 Jun hingga 19 Julai 2026.
Pada siang hari korang boleh enjoy aktiviti bandar bersejarah termasuk aktiviti mencari emas dan menaiki koc kuda. Tapi bila malam je, terus bertukar jadi dunia penuh cahaya siap ada salji buatan lagi. Memang magical!
4. Winter Night Market, Syurga Makan Waktu Sejuk
Tak sah kalau pergi Melbourne tapi tak singgah Queen Victoria Market. Macam biasa, Winter Night Market kembali lagi setiap malam hari Rabu sepanjang Jun hingga Ogos 2026.
Bau makanan laut bakar dan menu vegetarian yang mesra Muslim kat sini memang boleh buat korang kecur liur. Sambil makan, boleh layan persembahan muzik live dan hiburan jalanan. Vibes dia memang top-notch!
5. Pencinta Manisan Wajib Serbu Hot Chocolate Festival!

Sepanjang bulan Ogos, bersedia untuk sugar rush di Hot Chocolate Festival! Korang boleh singgah ke The Chocolateries Yarra Valleyatau The Chocolateries Great Ocean Road untuk rasa pelbagai variasi coklat panas yang unik.
Korang juga boleh join sesi rasa interaktif dalam suasana ladang yang sejuk dan tenang. Pastinya akan menjadi memori yang tak akan dapat korang lupakan!
6. Layan Filem Gempak Kat Melbourne International Film Festival
Kaki filem sekalian, Melbourne International Film Festival bakal menggegarkan bandar ni dari 6 hingga 23 Ogos 2026.
Terdapat pelbagai pilihan filem antarabangsa dan karya tempatan yang akan ditayangkan kat sekitar Melbourne dan kawasan regional Victoria. Bukan tu je, korang siap boleh join sesi perbincangan dengan pembikin filem tau. Baru la puas hati!
7. Main Salji Puas-Puas Di Victoria Snowfields

Musim sejuk mestilah kena main salji kan? Korang boleh serbu kawasan pergunungan macam Falls Creek, Mount Hotham, dan Mount Buller dari Jun hingga Ogos 2026. Nak try main ski, luncur salji, naik kereta salji atau main toboggan, semua ada!

Sesuai sangat untuk kita yang datang dari negara tropika ni nak merasa winter wonderland sebenar.
8. Layan Musim Tengok Paus Di Phillip Island

Wildlife Coast Cruises, Phillip Island, Victoria
Bukan setakat penguin comel je ada kat Phillip Island, tapi dari Mei hingga Oktober 2026 adalah musim migrasi paus! Korang berpeluang tengok paus bungkuk (humpback whale) dan paus selatan melompat kat tengah laut.
Korang boleh lihat ikan paus bungkuk dari pesisir pantai atau naik pelayaran khas kat lokasi popular macam Cape Woolamai, The Nobbies, dan Summerlands.
9. Relaks Dan Berendam Di Mata Air Panas Dalam Cuaca Sejuk

Dah penat berjalan, apa kata korang manjakan diri berendam dalam mata air panas semula jadi. Korang boleh pergi Peninsula Hot Springs atau Alba Thermal Springs & Spa kat Mornington Peninsula.
Kalau nak try vibes lain yang tak kurang hebatnya, boleh ke Metung Hot Springs kat Gippsland. Berendam dalam air mineral panas sambil muka kena angin sejuk malam musim sejuk… pergh, memang tenang habis!
View this post on Instagram
Menarik bukan? Memang lengkap habis itinerary musim sejuk kat Victoria kali ni! Ada seni, alam semula jadi, makanan sedap, festival cahaya dan aktiviti outdoor yang best. Jarak perjalanan dari bandar ke kawasan luar pun senang sangat nak akses dalam satu trip yang sama.
Jadi tunggu apa lagi? Jom mula packing baju sejuk korang sekarang! Untuk maklumat lanjut dan inspirasi percutian, korang boleh layari laman web rasmi Visit Melbourne di http://www.visitmelbourne.com. Jangan lepaskan peluang tau!
The post Serius Best! Ini 9 Tarikan Musim Sejuk Mesra Muslim Kat Melbourne Yang Korang Wajib Pergi Tahun Ni first appeared on OHBULAN!.





