30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aslam & Marissa Datang Berasingan Ke Mahkamah, Sudah Tidak Sebumbung

    Shopee Sale

    Pempengaruh, Ahmad Aslam mendedahkan dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan isterinya, Marissa Dania.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aslam Kunci Mulut, Marissa Dania Tak Menangis

    Artikel Berkaitan: ‘Kami Kini Dalam Proses Berpisah, Berikan Sedikit Ruang’ – Marissa Dania

    Tak sebumbung

    Aslam, 27, yang hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk juga berharap mahkamah akan memutuskan keputusan yang terbaik.

    Ya, sudah tinggal berasingan. Saya sakit perut hari ini. Saya pun tak tahu lagi sekarang kita tunggu keputusan daripada pihak mahkamah.

    Terdahulu, pasangan itu dilihat datang berasingan ke mahkamah bagi prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk, pada Selasa.

    Mereka hadir ditemani peguam syarie, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri yang mewakili Aslam.

    Terdahulu, peguam syarie mewakili Ahmad Aslam, iaitu Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri berkata anak guamnya memfailkan pengesahan lafaz cerai dan rujuk pada 10 Mac lalu.

    MENARIK:  Bella Astillah Berani Mengajukan Permohonan Perceraian Terhadap Aliff Aziz – 'Telah Memberi Peluang Berulang Kali'

    Ammar Yaser berkata, Ahmad Aslam atau nama penuh, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid melafazkan lafaz cerai dan rujuk terhadap isteri keduanya itu sebanyak dua kali iaitu pada September 2024 dan rujuk pada bulan sama.

    Ahmad Aslam kemudian melafazkan cerai buat kali kedua pada April tahun lalu dan pasangan itu difahamkan kembali rujuk, dua bulan kemudian.

    Kemelut rumah tangga Marissa menjadi perhatian apabila dia dilapor berkahwin dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

    Menerusi perkahwinan itu, Marissa bergelar isteri kedua berikutan Ahmad Aslam masih berstatus suami kepada pempengaruh, Umisya Mazlan.

    The post Aslam & Marissa Datang Berasingan Ke Mahkamah, Sudah Tidak Sebumbung first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah