32.9 C
Kuala Lumpur
Monday, June 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Aku Bersyukur Lepas Kenal Suami, Dia Suruh Buat Macam-Macam Investment’ – Ain Edruce

    Shopee Sale

    Pelakon dan pengacara, Ain Edruce, meluahkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan suami, Amirul Hafiz yang banyak membimbing dirinya dalam aspek pengurusan kewangan.

    Artikel Berkaitan: Riuh Bertemu Tenang! Ain Edruce & Amirul Hafiz Buktikan ‘Chemistry’ Dalam Dapur Menerusi ‘Resipi Serasi

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Baru Tiga Bulan Kenal, Hari-Hari Dia Ajak & Paksa Kahwin’ – Suami Ain Edruce

    Ain Edruce

    Menerusi hantaran di Threads, Ain mengakui sebelum mendirikan rumah tangga, pengetahuannya mengenai simpanan dan pelaburan agak terhad.

    Aku kadang-kadang bersyukur kenal suami aku ni. Segala jenis investment dia suruh aku buat. 

    Sebelum kenal dia, aku memang tak tahu apa-apa pasal simpan duit ni. Aku bank tu ada saving je.

    Bagaimanapun, suaminya sering menggalakkan dirinya untuk membuat pelbagai bentuk simpanan dan pelaburan demi masa depan yang lebih terjamin.

    Tapi lepas kenal dia, macam-macam dia ajar aku. Simpan duit sini, simpan duit sana. Dulu aku selalu cakap dia, ‘awak ni macam orang tua lah’.

    Tapi sekarang lepas dah nampak banyak hasil, aku happy sangat. Jangan bagitahu suami aku, aku puji dia macam ni. Nanti dia kembang. Malas ah.

    Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang turut bersetuju bahawa pasangan hidup memainkan peranan penting dalam membantu merancang kewangan dan masa depan keluarga.

    MENARIK:  [VIDEO] Teka Teki Terjawab! Bekas Adik Ipar Dedah Aida Aris Hutang Lebih RM208K – ‘Sila Bayar Secepat Mungkin’

    Sumber: Threads Ain Edruce

    The post ‘Aku Bersyukur Lepas Kenal Suami, Dia Suruh Buat Macam-Macam Investment’ – Ain Edruce first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah