32.9 C
Kuala Lumpur
Monday, June 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Space Dollah hampir lemas di Bali, Syed Saddiq jadi penyelamat

    Shopee Sale

    Pempengaruh media sosial, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Space Dollah, berkongsi pengalaman mencemaskan apabila hampir kehilangan nyawa ketika bercuti di Bali, Indonesia pada 17 Jun lalu.

    Abang kepada anggota parlimen Muar, Syed Saddiq, itu menceritakan insiden itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi Tiktok miliknya. 

    Ketika kejadian, dia sedang menikmati aktiviti berenang bersama Syed Saddiq serta beberapa ahli keluarga yang berada di pulau perananginan itu bagi urusan kerja dan percutian.

    Menurut Space Dollah, keyakinan yang terlalu tinggi terhadap kemahiran berenangnya menjadi punca dia terperanangkap dalam situasi berbahaya apabila dihanyutkan arus ke kawasan yang lebih dalam.

    “Saya pergi ke laut dengan penuh keyakinan dan mengajak Hadi untuk berenang lebih jauh ke tengah. Ketika itu saya fikir saya seorang yang sangat pandai berenang. Ombak pula nampak biasa sahaja. Tetapi saya silap besar.

    “Saya terus berenang semakin jauh sehingga tidak sedar ombak telah menarik saya ke tengah laut. Semakin jauh saya berada dari pantai, semakin kuat ombak menghentam saya. Pada masa itulah saya sedar saya sudah terlalu jauh dan perlu kembali ke pantai, tetapi keadaan menjadi semakin sukar,” katanya dalam video enam minit.

    Keadaan menjadi semakin mencemaskan apabila dia gagal menjejak dasar laut dan mendapati dirinya sukar melawan arus yang semakin kuat.

    “Pada awalnya saya cuba bertenang. Saya sandarkan badan ke belakang dan berharap ombak akan membawa saya kembali ke pantai. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila saya ditarik semakin jauh ke tengah.

    “Ketika itu saya sedar keadaan sudah menjadi serius. Saya mula terminum air laut dalam jumlah yang banyak dan tenaga semakin lemah. Saya menjerit meminta tolong beberapa kali sambil melihat adik saya dan rakan-rakan berada tidak jauh dari situ, tetapi tiada siapa yang mendengar kerana bunyi ombak terlalu kuat,” ujarnya.

    Mengimbau saat paling mendebarkan itu, Space Dollah mengakui dia sudah pasrah dan menyangka ajalnya semakin hampir apabila tenaganya semakin berkurangan.

    “Saya fikir saya akan mati. Saya sudah terlalu lemah, terlalu banyak minum air laut dan badan saya langsung tidak mampu bergerak seperti biasa. Saya mengucap ketika berada di tengah laut kerana saya benar-benar merasakan itu mungkin saat terakhir saya.

    MENARIK:  Laporan: KK Supermart saman pembekal stoking RM38j

    “Apabila seseorang sudah menjerit meminta tolong di tengah lautan, itu bermakna keadaan benar-benar serius. Saya menjerit berkali-kali tetapi tiada siapa yang mendengar. Pada saat itu saya rasa sangat tidak berdaya dan hanya menunggu apa yang akan berlaku seterusnya,” katanya.

    Namun, nasib menyebelahinya apabila Syed Saddiq tiba tepat pada masanya untuk membantu sebelum keadaan menjadi lebih buruk.

    “Tiba-tiba Syed Saddiq datang dari belakang. Saya sendiri tidak tahu dari mana dia muncul. Ketika itu kaki saya sudah terlalu lemah dan saya sudah tidak mampu berenang.

    “Dia berada di belakang saya dan menolak badan saya perlahan-lahan ke arah pantai sehingga saya berjaya sampai ke kawasan yang selamat. Selepas tiba di pantai, saya menangis kerana terlalu bersyukur masih diberikan peluang untuk hidup,” katanya.

    Bagi Space Dollah, insiden tersebut merupakan pengalaman paling hampir dengan kematian yang pernah dilaluinya sepanjang hayat.

    “Kalau Syed Saddiq tidak datang pada waktu itu, saya benar-benar percaya saya sudah tiada. Itu adalah pengalaman paling menakutkan yang pernah saya lalui dan kali pertama saya berdepan situasi yang begitu hampir dengan kematian.

    “Saya sangat bersyukur kerana masih hidup hari ini. Pengalaman itu mengajar saya bahawa laut bukan tempat yang boleh dipandang ringan walaupun kita merasakan diri kita pandai berenang. Hakikatnya, saya yang tinggi dan yakin dengan kemampuan sendiri pun gagal melawan kekuatan ombak,” katanya.

    Pada masa sama, dia turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada ketika melakukan aktiviti air, khususnya ketika keadaan laut tidak menentu.

    “Jangan sesekali menganggap laut itu selamat hanya kerana kita tahu berenang. Jika ombak kelihatan kuat, jangan biarkan anak-anak atau sesiapa berenang bersendirian.

    “Bali akhirnya menjadi pengalaman paling menakutkan dalam hidup saya dan saya tidak mahu melalui situasi seperti itu lagi,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah