Seorang individu meluahkan rasa penat mencari rezeki walaupun berada dalam sektor stabil bersamaan gaji yang selesa di era ekonomi kini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wawa Zainal Cepat Penat, Covid-19 Beri Kesan Pada Kerja – ‘Tenaga Saya Tak Sokong’
Artikel Berkaitan: Netizen Risau Isteri Atiq Azman Penat Kerja – ‘First Pregnancy Kena Jaga Betul-Betul’
Penat kerja di Singapura

Sekadar gambar hiasan
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Reddit, individu terbabit memaklumkan bahawa gaji yang diraih setahun sekitar RM347,000 dalam sektor pendidikan di Singapura.
Susulan itu, dia berpendapat Kuala Lumpur, Malaysia merupakan negara terbaik untuk bekerja dalam ketenangan.
Saya berumur 35 tahun, sudah berkahwin dan ada tiga orang anak. Sekarang bekerja dalam sektor pendidikan di Singapura dengan pendapatan sekitar SGD100,000 (RM347,000) setahun.
Baru-baru ini saya rasa letih dan hilang semangat untuk kehidupan di Singapura.
Saya mula terfikir untuk berpindah ke tempat lain. Tapi sebab saya sangat rapat dengan keluarga besar saya, rasa macam pindah ke negara jiran adalah pilihan yang paling logik.
Kuala lumpur nampak macam tempat yang menarik untuk tinggal. Banyak peluang kerja berbanding tempat lain di Malaysia.
Dalam pada itu, individu terbabit turut menanyakan pendapat orang ramai mengenai keputusannya untuk berhijrah ke Kuala Lumpur.
Saya tak pasti apa sebenarnya yang saya harapkan buat masa ini.
Ada sesiapa menyesal tak selepas tinggalkan ‘impian Singapura’ dan cari kehidupan baru di Malaysia?
Sumber: Reddit
The post Individu ‘Burnout’ Kerja Di Singapura, Pilih Kuala Lumpur Untuk Tenang – ‘Saya Raih RM347,000 Setahun Tapi…’ first appeared on OHBULAN!.





