28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Lynas tak terlibat insiden memudaratkan kesihatan awam, alam sekitar’

    Shopee Sale

    Lynas Rare Earth Ltd berkata syarikat itu tidak pernah terlibat dalam sebarang insiden yang memudaratkan kesihatan awam dan alam sekitar.

    Syarikat nadir bumi itu berkata demikian merujuk dakwaan berkaitan alam sekitar dan kesihatan awam yang dikaitkan dengan kemudahan pemprosesan Lynas di Gebeng, Pahang, khususnya dalam pengendalian sisa radioaktif.

    "Lynas tidak pernah terlibat dalam sebarang insiden yang mengakibatkan kemudaratan kepada kesihatan awam atau alam sekitar, mencerminkan kekuatan proses dan dasar kami.

    "Loji ini beroperasi di bawah dan mematuhi keperluan pengurusan keselamatan dan alam sekitar yang ketat, yang dikuatkuasakan oleh pihak pengawal selia berkaitan.

    “Pemantauan berkala dijalankan oleh Lynas, pakar bebas dan pihak pengawal selia bagi memastikan pematuhan," kata jurucakapnya dalam kenyataan.

    Pada 1 Mei lalu, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengemukakan memorandum bantahan kepada Suruhanjaya Tinggi Australia, membangkitkan kebimbangan terhadap operasi berterusan Lynas Rare Earths Ltd di Malaysia.

    Dalam dokumen tersebut, Mapim menekankan kebimbangan berpanjangan berkaitan alam sekitar dan kesihatan awam yang dikaitkan dengan kemudahan pemprosesan Lynas di Gebeng, Pahang, khususnya pengendalian sisa radioaktif.

    Kumpulan itu memberi amaran pengumpulan sisa yang mengandungi thorium yang radioaktif dan bahan berkaitan, bersama ketiadaan penyelesaian pelupusan kekal, menimbulkan risiko jangka panjang terhadap air bawah tanah, integriti tanah, ekosistem serta komuniti berhampiran.

    Mapim berkata pihaknya turut mempuyai “kebimbangan sah” bahawa unsur nadir bumi yang diproses di Malaysia mungkin secara tidak langsung menyumbang kepada aktiviti ketenteraan yang dikaitkan dengan pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa atau peluasan ketenteraan.

    MENARIK:  Kolumnis Malaysiakini jadi saksi PAC kes urus niaga tanah DBKL, k'jaan

    Ini selepas Lynas memuktamadkan perjanjian dengan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat untuk membekalkan mineral nadir bumi kepada sektor pertahanan negara itu selama empat tahun.

    Kenyataan Lynas bagaimanapun tidak menjawab kebimbangan Mapim mengenai dakwaan penglibatan syarikat itu secara tidak langsung dalam aktiviti ketenteraan Amerika Syarikat.

    Pun begitu Lynas berkata terdapat banyak maklumat salah mengenai unsur nadir bumi.

    "Loji bahan termaju Lynas Malaysia telah menjadi subjek empat kajian saintifik bebas, termasuk dua kajian oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa.

    "Setiap kajian ini mendapati bahawa operasi Lynas Malaysia berisiko rendah, mematuhi peraturan, dan melaksanakan amalan terbaik antarabangsa.

    “Lynas Malaysia telah beroperasi sejak 2012 dan sepanjang tempoh ini telah membuktikan bahawa operasinya selamat untuk pekerja kami, selamat untuk komuniti kita dan selamat untuk alam sekitar.

    "Melalui Lynas, Malaysia diiktiraf sebagai pusat kecemerlangan unsur nadir bumi. Banyak negara di seluruh dunia, termasuk di Australia, Eropah dan Amerika Utara, sedang menubuhkan kemudahan pemprosesan unsur nadir bumi yang serupa dengan Lynas Malaysia," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah