30.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Awak Semua Chill, Kami InsyaAllah Okay’ – Suami Norreen Iman

    Shopee Sale

    Berita mengenai rumah tangga pelakon dan pempengaruh Norreen Iman yang didakwa sedang retak menanti belah telah menyorot perhatian ramai selepas dia ditemui di mahkamah baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hantaran Suami Norreen Iman Raih Perhatian, Netizen Titip Kata Semangat – ‘Dunia Jahat Dengan Lelaki Miskin’

    MENARIK:  [VIDEO] Norish Karman Ambil Empat Orang Anak Angkat Sejak Covid-19 – ‘Saya Tak Rasa Diri Saya Baik Tetapi Mereka Perlukan Seorang Ibu’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Norreen Iman Kunci Mulut Isu Rumah Tangga, Hanya Mampu Senyum Di Mahkamah

    Reaksi Norreen

    " data-video-id="7634376785752378631" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @norreen143_

    Rilex semuanya.

    ♬ original sound – NORR33N – NORR33N

    Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Norreen Iman Abdullah, 32, memuat naik video memaparkan reaksinya ketika menonton video-video yang dihasilkan oleh warganet mengenai perhubungannya dengan suami.

    Apa reaksi aku nak bagi ni?

    Video awak semua lagi menyedihkan sebenarnya.

    Saya okay, tapi awak semua pula buat video begini.

    Komen suami

    Menjengah ke ruangan komen, hantaran tersebut dilihat turut turut mendapat perhatian suami kepada Norreen iaitu Razzi Razak.

    Awak semua chill, kami insyaAllah okay.

    Dalam pada itu, rata-rata warganet memberi kata-kata semangat kepada Norreen dan mendoakan yang terbaik untuk perkahwinan mereka.

    Imbas kembali, Norreen memilih untuk mengunci mulut tentang status rumah tangganya bersama suami, Raizi yang dilihat hadir pada Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan untuk prosiding tuntutan pengesahan lafaz cerai.

    Noreen sebelum ini, menyorot perhatian apabila dilihat tidak lagi berkongsi foto bersama suaminya di media sosial. Bagaimanapun, Noreen menepis dakwaan yang mengatakan rumah tangganya sedang bergolak.

    Untuk rekod, Noreen dan Razzi mendirikan rumah tangga pada 2011. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

    Sumber: TikTok

    The post ‘Awak Semua Chill, Kami InsyaAllah Okay’ – Suami Norreen Iman first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah