28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Benarkah PAS jejaskan pelancongan Langkawi?

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, sekali lagi menyelar keadaan di Langkawi dengan mendakwa industri pelancongan pulau tersebut "lembab" sejak PAS mengambil alih pentadbiran Kedah.

    Mengulas mengenai kritikan PAS dan Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, terhadap Festival Muzik Rain Wave Water 2026, veteran DAP itu menyeru mereka untuk "menghadapi realiti" memandangkan pelancong asing tidak melawat Malaysia untuk terikat dengan "sekatan moral yang melampau".

    Katanya rekod prestasi PAS dalam sektor pelancongan amat membimbangkan seperti yang terjadi di pulau pelancongan di negeri Kedah tersebut.

    "Jangan jadikan Malaysia sebuah negara dengan sektor pelancongan yang lembab seperti yang berlaku di Langkawi disebabkan imej dan dasar kerajaan negeri pimpinan PAS,” katanya dalam kenyataan media semalam.

    Itu bukanlah kritikan pertama kali Kok ke atas Pulau Langkawi. Dia adalah antara pihak yang terus mendakwa orang bukan Islam tidak dibenarkan mengambil alkohol atau memakai seluar pendek di pulau tersebut.

    Ia dibuat walaupun selepas Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Nor, menafikan kewujudan peraturan sedemikian.

    Komen-komen seperti itu daripada ahli politik mungkin memberi gambaran bahawa PAS menakut-nakutkan pelancong untuk ke Langkawi. Namun, apakah yang dinyatakan oleh data?

    Teresa Kok

    Sebelum pandemik Covid-19 berlaku, statistik yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) menunjukkan jumlah kedatangan pelancongan ke situ ialah seramai 3.9 juta orang.

    Daripada jumlah itu 13.9 peratus atau 544,000 daripadanya adalah pelancong antarabangsa.

    Angka tersebut bagaimanapun menjunam secara drastik pada 2020 apabila sekatan perjalanan global berkuat kuasa mulai April. Pun begitu pelancong antarabangsa masih merangkumi 9.3 peratus daripada 1,804,556 pengunjung Pulau Langkawi pada tahun tersebut.

    MENARIK:  Bersih tetap anggap Sosma 'senjata politik', bimbang risiko aktivis ditahan

    Pengaruh faktor-faktor lain

    Pada tahun yang sama, Sanusi menjadi menteri besar selepas pertukaran kerajaan ekoran kejatihan pentadbiran PH di Kedah.

    Sekatan pergerakan pada 2021 pula menyaksikan jumlah pelancong merosot lebih jauh, iaitu hanya 1.09 juta orang. Ia merupakan rekod terendah sejak sebelum 1993.

    Daripada jumlah itu, kurang daripada 5,000 – atau 0.5 peratus – merupakan pelancong asing.

    Kemudian industri pelancongan Pulau Langkawi mula pulih secara perlahan-lahan walaupun ia masih belum mencapai tahap prapandemik.

    Apabila sekatan sempadan mula dilonggarkan secara ketara pada 2022 ketibaan pelancong asing mula pulih, iaitu sebanyak 2.5 peratus atau 64,000 daripada 2.52 juta pengunjung.

    Pada 2023 — tahun yang didakwa berlakunya larangan seluar pendek — terdapat 223,000 (7.9 peratus) pelancong antarabangsa, dan meningkat kepada 332,000 (11.4 peratus) pada tahun berikutnya.

    Angka terbaru menunjukkan Langkawi menerima kedatangan 3.2 juta pelancong pada tahun lalu dengan 341,000 daripadanya (10.6 peratus) adalah warga asing.

    Walaupun data itu tidak secara langsung membuktikan perkaitan antara dasar negeri dengan komposisi pelancong, tinjauan menyeluruh selama beberapa dekad menunjukkan bahawa Langkawi sememangnya destinasi yang didominasi oleh pelancongan domestik.

    Pola ketibaan warga asing kini pula menunjukkan keadaan menghampiri tahap prapandemik.

    Oleh itu, faktor-faktor yang lebih luas — seperti ketersambungan (connectivity) dan trend perjalanan global — harus dipertimbangkan bersama-sama faktor kerajaan tempatan dalam menilai prestasi pelancongan pulau tersebut.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah