Seorang pengantin lelaki membuat kejutan istimewa untuk pasangannya dengan membawa penyanyi terkenal Ernie Zakri ke hari persandingan mereka.
Artikel Berkaitan: Ernie Zakri Kongsi Pandangan Lagu Raya Sekarang – ‘Yang Tak Feel Kita Cari Lagu Lain, Muzik Terlalu Universal’
Artikel Berkaitan: Ernie Zakri Luah Rasa Kecewa, Perkongsian Sahur ‘Simple’ Dipertikai – ‘Persoal Kebersihan Telekung’
Kejutan untuk isteri
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, pengantin lelaki yang dikenali sebagai Ayie itu memuat naik momen ketika Ernie mendedangkan nyanyiannya di majlis mereka.
Paling menarik perhatian adalah reaksi pengantin perempuan tersebut yang dilihat sangat terkejut melihat figura yang diminatinya itu.
Menurut Ayie, momen tersebut merupakan antara kenangan yang tidak akan dilupakan oleh dirinya dan isteri.
Saya rancang kejutan dan itu menjadi memori sepanjang hayat.
Persembahan dari Ernie Zakri di perkahwinan kami untuk isteri saya, insan paling istimewa, yang saya cintai selamanya.
Dari beri kejutan tiket konsert untuk hari lahir dia, kemudian pergi konsert, hinggalah hari perkahwinan kami saya bawa Ernie nyanyi live.
Dalam masa yang sama, Ernie dilihat turut meninggalkan komen dan meluahkan rasa gembira apabila dapat membahagiakan pasangan mempelai itu.
Gembira dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan cinta ini.
Sumber: Threads
The post [VIDEO] Pengantin Perempuan Terkejut & Menangis, Suami Jemput Ernie Zakri Ke Majlis Sanding – ‘Jadi Memori Sepanjang Hayat’ first appeared on OHBULAN!.





