28 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemandu treler nahas maut di Kemaman direman tiga hari

    Shopee Sale

    Seorang pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan sehingga mengakibatkan kematian seorang juruteknik di Kilometer 290 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), berhampiran susur keluar Plaza Tol Chukai di Kemaman, Sabtu lepas, direman tiga hari bermula hari ini.

    Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli berkata perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 47 tahun yang berasal dari Permaisuri, Setiu itu, dikeluarkan Majistret Marsha Abdul Malik di Mahkamah Majistret Kemaman, pagi tadi.

    "Suspek yang cedera ringan dibenarkan keluar dari Hospital Kemaman semalam dan dibawa ke Mahkamah Majistret pagi ini untuk mendapatkan perintah reman.

    "Ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap suspek sebelum ini didapati negatif dadah," katanya ketika dihubungi hari ini.

    Mohd Razi berkata suspek yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Dalam kejadian kira-kira 6 petang Sabtu lepas, seorang lelaki maut manakala dua anaknya cedera selepas kenderaan jenis Mitsubishi Triton yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler dan kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X50.

    MENARIK:  Siasatan kes Faisal Halim diambil alih Bukit Aman

    Kemalangan itu menyebabkan pemandunya, Rosli Yusuf, 54, maut di lokasi kejadian manakala dua anaknya, Iliya Markisa, 23, dan Auni Ukhratan Basyirah, 14, mengalami kecederaan di bahagian kepala, leher, muka dan mata.

    Siasatan awal polis mendapati, kemalangan itu berlaku apabila treler membawa muatan bata yang ketika itu dalam perjalanan dari arah Tol Jabor menuju ke Kuala Besut, dipercayai hilang kawalan sebelum menghimpit kenderaan pikap dipandu mangsa di lorong kanan.

    Kemalangan menyebabkan dua kenderaan itu melanggar besi penghadang jalan dan terbabas ke laluan bertentangan dan pada masa sama, SUV dari arah bertentangan gagal mengelak lalu melanggar bahagian kiri kenderaan pikap, sementara treler itu terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira tiga meter.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah