Pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming mengadakan majlis doa selamat sebelum pembukaan rasmi restoran miliknya, Rembayung.
Artikel Berkaitan: Khairul Aming Terharu Ramai Lawat Kawasan, Bergambar Depan ‘Rembayung’ – ‘Dari Brunei & Singapura Pun Ada Datang’
Artikel Berkaitan: Dakwa Restoran Ada ‘Hantu’, Khairul Aming Tampil Beri Penjelasan – ‘Itu Adalah Dinner Simulation Bersama Staf’
Doa selamat
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, anak-anak tahfiz Darul Hidayah dilihat melaungkan azan pada setiap sudut dalam restoran tersebut.
Selain itu, restoran Rembayung turut diperdengarkan dengan alunan ayat suci al-Quran sebelum memulakan operasi sepenuhnya.
Majlis doa selamat pembukaan Rembayung.
Alhamdulillah, terima kasih jemput kami.
Semoga maju jaya buat restoran Rembayung dan Khairul Aming serta kru.
Video berdurasi selama seminit lebih itu meraih perhatian netizen yang meremang melihat inisiatif pempengaruh berusia 33 tahun itu yang menjaga perniagaan daripada ilmu hitam.
Meremang bulu roma




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Khairul Aming sentiasa dipelihara daripada hasad dengki manusia.
Sumber: TikTok @Tahfiz Darul Hidayah
The post [VIDEO] Anak Tahfiz ‘Pasak’ Azan Dalam Restoran Rembayung, Netizen Meremang – ‘Dia Tahu Ramai Dengki’ first appeared on OHBULAN!.





