Pelakon dan personaliti, Norreen Iman mencuri perhatian apabila berkongsi kisah menyentuh hati mengenai pengurusnya yang dikenali sebagai Brian.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hantaran Suami Norreen Iman Raih Perhatian, Netizen Titip Kata Semangat – ‘Dunia Jahat Dengan Lelaki Miskin’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Norreen Iman Kunci Mulut Isu Rumah Tangga, Hanya Mampu Senyum Di Mahkamah
Manager baik hati
View on Threads
Menurut Norreen, Brian yang berbangsa Cina bukan sahaja menunjukkan sikap yang sangat baik malah mampu membaca surah Al-Fatihah dengan lancar.
Dia cina tapi surah al-fatihah pun dia boleh baca. Punya hebat lah kan.
Dia baik sangat dan selalu ingatkan saya pasal sabar.
Namun, apa yang benar-benar menyentuh perasaan Norreen adalah kata-kata Brian mengenai erti kesabaran dalam kehidupan masa kini.
Kata-kata tersebut memberi kesan mendalam kepada Norreen sehingga membuatkannya sebak dan hampir menitiskan air mata.
Tapi dia cakap, zaman sekarang bukan lagi sabar separuh dari iman tapi bersabar sebab ada syurga yang menanti.
Saya macam, deep level leleh air mata dia bagi.
Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi positif dengan ramai yang tersentuh dan mengakui nasihat Brian memberi impak yang besar dalam kehidupan seseorang.
Sumber: Threads
The post ‘Bersabar Sebab Syurga’ – Nasihat Manager Cina Buat Norreen Iman Tersentuh Hati first appeared on OHBULAN!.





