30.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Paras Platelet Darah Jatuh Punca Masuk Hospital, Qadejah Berdebar Tunggu Keputusan Doktor

    Shopee Sale

    Anak kepada usahawan terkenal, Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zahra memaklumkan dia masih belum mengetahui punca sebenar yang menyebabkan dirinya dimasukkan ke sebuah pusat perubatan, baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tugas Qadejah Dengan Bibik Kena Jerit Cakap Rumah Terbakar’ – Shahida Rancang ‘Prank’ Hari Lahir Aliff Syukri

    Platelet darah teruk

    Qadejah atau mesra disapa Cess, 16, berkata dia terpaksa menjalani rawatan selama lima hari selepas mengalami sesak nafas serta sakit di bahagian dada.

    Saya baru keluar hospital dalam dua atau tiga hari lalu dan saya masih menunggu keputusan doktor. Saya dibawakan ke hospital selepas dada saya terasa ketat dan tak boleh nak bernafas.

    Selepas itu doktor ambil sampel darah dan terkejut bila dapat tahu paras platelet darah saya sangat rendah, iaitu 17, sedangkan bacaan normal sekitar 106. Mereka ulang ujian dua kali dan hasilnya masih sama.

    Qadejah berkata demikian ketika ditemui di Majlis Anugerah Inspirasi PTTI 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Ahad.

    Tambah Qadejah, keadaan itu menimbulkan kerisauan apabila doktor memaklumkan beberapa kemungkinan punca boleh berlaku termasuk penyakit serius seperti leukemia atau gangguan autoimun.

    Bagaimanapun Cess berkata dia sedikit lega apabila keputusan awal menunjukkan sel darah putihnya berada dalam keadaan normal.

    Mama risau bila doktor beritahu banyak kemungkinan dan yang paling teruk adalah leukemia, penyakit ‘autoimmune’ atau jangkitan biasa. Jadi bila saya dimasukkan ke wad, saya diperiksa lanjut.

    Doktor katakan sel darah putih saya okay, jadi bukan leukemia. Alhamdulillah mama lega sebab bila anak dia sakit, mama tak makan, mama tak buat kerja lain, mama duduk hospital saja.

    Mama sangat risau. Sampai cakap kalau jadi apa-apa, dia sanggup dermakan sumsum tulang untuk saya. Tapi saya cuba tenangkan dia, saya cakap semua penyakit ada ubat.

    Dalam pada itu, anak kedua daripada enam beradik ini mengakui masih berdebar menantikan keputusan penuh pemeriksaan, namun memilih untuk kekal positif.

    Sekarang doktor tengah buat pemeriksaan darah secara terperinci yang biasanya mengambil masa sehingga seminggu.

    Sebab doktor cakap, saya tak boleh mulakan rawatan selagi tak tahu puncanya jadi sekarang saya masih tak tahu lagi sakit apa sebenarnya.

    Memang ada rasa risau, tambah pula kadang-kadang ada simptom seperti pening, sakit dada dan sakit kepala. Tapi bagi saya, hidup perlu diteruskan.

    Terdahulu, ibunya, Nur Shahida berkongsi di media sosial bahawa Cess dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit dada secara tiba-tiba selain mengalami kesukaran bernafas.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya Kata Pada Johan, Mulai Pada Hari Ini Aurat Saya Hanya Untuk Dia Sahaja’ – Ozlynn

    The post Paras Platelet Darah Jatuh Punca Masuk Hospital, Qadejah Berdebar Tunggu Keputusan Doktor first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah