28 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kalau Tiada Motivasi, Susah Nak Belajar’ – Alyssa Dezek Kongsi Rahsia ‘Straight A’ SPM, Akui PTTI Bantu Lonjak Prestasi

    Shopee Sale

    Penyanyi dan pelakon, Alyssa Dezek memaklumkan akan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam bidang perniagaan selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM.

    Artikel Berkaitan: Syed Saddiq Suntik Semangat SPM, PTTI Sumbang RM100,000 Bantu Pelajar Muar

    Sambung belajar

    Alyssa, 18, berkata minat mendalam terhadap dunia bisnes selain dorongan kedua ibu bapanya menjadi antara faktor utama dia memilih bidang tersebut sebagai hala tuju pendidikan.

    Saya cadang melanjutkan pengajian dalam bidang perniagaan. Jika tiada halangan, insya-Allah saya akan sambung hingga ke peringkat ijazah dalam bidang yang sama.

    Saya memang minat bisnes dan pada masa sama mendapat nasihat daripada ibu bapa untuk mendalami bidang ini.

    Alyssa berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Anugerah Aspirasi PTTI 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Ahad.

    Berkongsi rahsia kejayaannya, Alyssa menekankan kepentingan motivasi diri serta persekitaran yang positif amat penting dalam pelajaran.

    Tips saya mudah, cari sesuatu yang boleh beri motivasi kepada diri. Kalau tiada motivasi, memang susah nak kekalkan semangat belajar.

    Selain itu, penting juga untuk berkawan dengan mereka yang ada matlamat sama. Kalau dikelilingi kawan yang tidak serius, ia akan menjejaskan fokus kita.

    Bantuan PTTI

    Dalam masa sama, Alyssa turut merakamkan penghargaan kepada platform tuisyen dalam talian PTTI Group yang banyak membantunya mengejar semula pelajaran yang tertinggal.

    Alhamdulillah, saya dapat buktikan bahawa PTTI memang banyak membantu. Beberapa bulan sebelum SPM, saya kurangkan aktiviti seni untuk fokus sepenuhnya pada pelajaran.

    Sebelum ini jadual seni agak padat dan ada topik yang saya tertinggal. Dengan bantuan PTTI, saya dapat kejar semula semua itu.

    Dalam perkembangan sama, PTTI sekali lagi mencipta kejayaan apabila melahirkan seramai 534 pelajar yang memperoleh keputusan ‘straight A’ dalam peperiksaan SPM 2025.

    MENARIK:  Noraniza Idris, Kristal, Talia Mentor & XPDC Kita Peng Yu Bakal Gegarkan ‘FestStar Influencer’ Disember Ini

    Pencapaian itu sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai antara peneraju pendidikan digital di Malaysia, selain berjaya mencatat pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records buat kali ketiga selepas kejayaan pada tahun 2022 dan 2024.

    Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman memaklumkan sebanyak 31,987 gred A berjaya direkodkan oleh pelajar di bawah bimbingan mereka bagi SPM 2025, manakala lebih 158,000 pelajar mendapat manfaat menerusi seminar yang dianjurkan sepanjang tahun.

    Sementara itu, Chief Growth Officer PTTI, Race Monsopiad atau lebih dikenali sebagai Sir Race berkata lebih 150,000 pelajar telah menyertai pelbagai program pendidikan yang dianjurkan.

    Terdahulu, lebih 4,000 pelajar bersama ibu bapa membanjiri PICC sempena Majlis Anugerah Inspirasi 2026 anjuran PTTI Group.

    Majlis berprestij itu turut dirasmikan oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi sesi pagi, manakala sesi petang disempurnakan oleh Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

    Acara tersebut turut diserikan dengan kehadiran tokoh dan selebriti terkenal seperti Datuk Azizan Osman, Datuk Awie, Datuk M. Nasir, Datuk AC Mizal, MK K-Clique, Iman Troye, Hael Husaini, Bella Astillah serta Zaki Yamani.

    The post ‘Kalau Tiada Motivasi, Susah Nak Belajar’ – Alyssa Dezek Kongsi Rahsia ‘Straight A’ SPM, Akui PTTI Bantu Lonjak Prestasi first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah