26.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pekerja ladang maut motosikal terlanggar lembu

    Shopee Sale

    Seorang pekerja ladang maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor lembu yang berada di tengah jalan dalam kemalangan di Batu 7, Jalan Tanjung Tualang, Batu Gajah, awal pagi semalam.

    Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Md Noor Aehawan Mohammad berkata dalam kejadian kira-kira 2.40 pagi itu, Shah Rin Busu, 30, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat pelbagai kecederaan.

    Katanya siasatan awal mendapati lelaki Orang Asli itu menunggang motosikal jenis SYM SM Sport dalam perjalanan dari Gopeng menuju ke Kampung Air Denak.

    MENARIK:  Perintah papar harga ubat berkuat kuasa hari ini, MMA rancang protes

    “Apabila sampai di tempat kejadian terdapat seekor lembu berada di tengah jalan dan mangsa tidak dapat mengelak lalu melanggar haiwan tersebut,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

    Md Noor berkata semasa kejadian keadaan jalan dilaporkan lurus dengan dua lorong dua hala, permukaan kering serta cuaca baik.

    “Mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk bezah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah