26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    First Time Nak Solat Raya? Ini Panduan Ringkas Untuk Korang!

    Shopee Sale

    Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri merupakan antara amalan yang sangat dituntut dalam Islam dan menjadi simbol kegembiraan umat Islam setelah sebulan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan. 

    Artikel Berkaitan: Niat & Panduan Ringkas Mandi Sunat Hari Raya Aidilfitri

    Artikel Berkaitan: 10 Amalan Sunat Yang Boleh Dilakukan Pada Pagi Raya

    Panduan solat sunat Aidilfitri

    Ibadah ini dilaksanakan pada pagi 1 Syawal sebagai tanda kesyukuran atas kemenangan melawan hawa nafsu serta kejayaan menyempurnakan ibadah sepanjang Ramadan.

    Waktu untuk menunaikan solat ini bermula selepas terbit matahari, iaitu setelah masuk waktu syuruk, dan berakhir sebelum masuk waktu Zuhur. 

    Namun begitu, waktu yang lebih afdhal adalah dengan melewatkannya sedikit. Ini bertujuan memberi ruang kepada umat Islam untuk menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah sebelum mendirikan solat.

    Pelaksanaan solat sunat Aidilfitri dimulakan dengan niat di dalam hati untuk menunaikan solat dua rakaat kerana Allah Ta‘ala. Bagi yang solat berjemaah, niat sebagai makmum atau imam disesuaikan mengikut keadaan. 

    Niat sebagai makmum:

    أُصَلِّي سُنَّةً لِعِيدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُومًا لِلَّهِ تَعَالَى

    Aku menunaikan solat sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Ta‘ala.

    Niat solat sendirian:

    أُصَلِّي سُنَّةً لِعِيدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

    Aku menunaikan solat sunat Aidilfitri dua rakaat kerana Allah Ta‘ala.

    Setelah itu, solat dimulakan dengan takbiratul ihram diikuti dengan bacaan doa iftitah seperti solat-solat sunat yang lain.

    Rakaat pertama dan kedua

    Pada rakaat pertama, disunatkan untuk melakukan tujuh kali takbir tambahan selepas takbiratul ihram. Setiap kali selepas takbir, disunatkan membaca tasbih, tahmid dan takbir sebagai tanda membesarkan Allah. 

    MENARIK:  [VIDEO] Adira Bebel Dekat Anak Sebab Tak Pandai Kemas Katil, Ayat Terakhir Tu Win! – ‘Kalau Dapat Lelaki Kaya Tak Pe’

    Seterusnya, jemaah membaca Surah Al-Fatihah diikuti dengan surah lain, lazimnya Surah Al-A’la, sebelum meneruskan rukun solat seperti rukuk, iktidal dan sujud sehingga selesai rakaat pertama.

    Apabila bangun untuk rakaat kedua, jemaah akan melakukan lima kali takbir tambahan dengan cara yang sama seperti rakaat pertama. 

    Selepas itu, bacaan Surah Al-Fatihah dilakukan diikuti dengan surah pilihan, kebiasaannya Surah Al-Ghashiyah. Solat kemudian diteruskan seperti biasa sehingga selesai tahiyat akhir dan diakhiri dengan salam.

    Selepas selesai solat, khutbah Hari Raya akan disampaikan oleh imam. Walaupun khutbah ini tidak wajib didengar seperti khutbah Jumaat, ia tetap digalakkan kerana mengandungi nasihat, peringatan tentang ketakwaan, serta dorongan untuk terus melakukan amalan kebaikan walaupun Ramadan telah berakhir.

    Selain itu, terdapat beberapa amalan sunat yang dianjurkan sebelum dan selepas solat Hari Raya. Antaranya termasuk mandi sunat Aidilfitri, memakai pakaian yang bersih dan terbaik, serta mengenakan wangian. 

    Umat Islam juga disunatkan untuk makan sebelum keluar menunaikan solat, terutama dengan memakan buah kurma dalam jumlah ganjil. Dalam perjalanan ke masjid atau surau, digalakkan berjalan kaki jika mampu serta mengambil laluan berbeza ketika pergi dan pulang. 

    Di samping itu, umat Islam juga dianjurkan untuk memperbanyakkan lafaz takbir bermula dari malam 1 Syawal sehingga sebelum khutbah Aidilfitri bermula.

    Sumber: Zalora

    The post First Time Nak Solat Raya? Ini Panduan Ringkas Untuk Korang! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah