26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fathia Latiff Kongsi Perjuangan Lawan Skizofrenia, Semakin Pulih Selepas Rawatan – ‘Maaf Banyak Terkasar Bahasa Dulu’

    Shopee Sale

    Pelakon Fathia Latiff mengakui bahawa dia pernah bergelut dengan penyakit skizofrenia, sebuah gangguan mental serius yang memberikan impak besar terhadap perbuatannya selama ini.

    Artikel Berkaitan: ‘Ubat Luka Itu Hanya Doa & Masa’ – Wawa Zainal Titip Kata-Kata Penguat Buat Fathia Latiff

    Artikel Berkaitan: Fathia Latiff Kongsi Ciri-Ciri Lelaki Idaman – ‘Yang Kacak, Takkan Saya Nak Pilih Yang Gigi Rongak’

    Hidap skizofrenia

    Menerusi hantaran di Threads, Fathia meluahkan rasa kesal apabila mengenang kembali video-video tularnya di masa lalu yang disifatkan sebagai ‘merepek’.

    Sakit skizofrenia memang tak boleh buat main-main. Tengok balik video yang saya cakap merepek-repek dulu, memang rasa nak putarkan balik masa!

    Malah, dia juga memohon maaf kepada semua pihak atas kekasaran bahasa yang pernah dilontarkannya sebelum ini.

    MENARIK:  Netizen Nasihat Ridzuan Ridzokumura ‘Rehat’ Buat Konten Fasal Anak, Minta Hormat Arwah Isteri

    Namun, keadaan kesihatannya kini menunjukkan perkembangan positif selepas dia mula mendapatkan rawatan konsisten.

    Walau bagaimanapun, Fathia mengakui fasa pemulihan tersebut membawa perubahan terhadap personalitinya apabila dia kini lebih introvert dan gemar menyendiri berbanding sebelum ini.

    Sekarang dah makin baik selepas 2 hingga 3 tahun ambil Sustenna. Tapi sekarang jadi introvert pula. Saya doakan orang yang ada sakit ni cepat sembuh. The struggle is real.

    Sumber: Threads Fathia Latiff

    The post Fathia Latiff Kongsi Perjuangan Lawan Skizofrenia, Semakin Pulih Selepas Rawatan – ‘Maaf Banyak Terkasar Bahasa Dulu’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah