26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Netizen Nasihat Ridzuan Ridzokumura ‘Rehat’ Buat Konten Fasal Anak, Minta Hormat Arwah Isteri

    Shopee Sale



    Ridzuan Ridzokumura

    Tindakan usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura yang sering memuat naik konten mengenai arwah isterinya, Akiko Okumura mengundang rasa kurang senang netizen.

    Hormat arwah

    Ridzuan Ridzokumura

    Sejak arwah dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat lalu, hampir setiap hari Ridzuan berkongsi kisah bersama arwah dalam media sosial miliknya.

    Tidak hanya kisah arwah isteri, usahawan itu juga melakukan konten bersama anak tunggal hasil perkahwinan mereka, Sky Taizo Okumura.

    Hal tersebut membuat segelintir netizen berasa kurang senang dan mendakwa Ridzuan seakan ‘menunggang’ kisah kematian isteri.

    Wargamaya berpendapat, kebiasaan seseorang yang kehilangan insan tersayang pasti tiada kudrat atau keinginan untuk memuat naik sebarang konten dalam media sosial apatah lagi melakukan sesi ‘live’.

    MENARIK:  [VIDEO] Ain Edruce Serah Tugas Kepada Amirul Beri Nama Anak Kedua – ‘Kali Ini Baby Boy’

    Malah, wargamaya turut menasihati Ridzuan untuk berhenti merakam reaksi dan keadaan anaknya.

    Pun begitu, terdapat segelintir wargamaya yang mengatakan tindakan Ridzuan memuat naik konten tersebut adalah untuk berkongsi keadaan terkini Sky.

    Jumaat lalu, Ridzuan menerusi hantaran di Instagram memaklumkan isterinya telah meninggal dunia.

    Punca kematian, arwah terjatuh dari tingkat empat kediaman mereka dan dipercayai insiden berlaku pada malam Khamis.

    Untuk rekod, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko yang juga merupakan seorang wanita asal Jepun pada Februari 2009.

    Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah