Penerbit, Erma Fatima menepis dakwaan segelintir netizen yang mengaitkan drama terbaharunya, Jangan Panggil Aku Gus dengan kisah pendakwah selebriti, Da’i Syed.
Artikel Berkaitan: Erma Fatima Kembali Mengarah Selepas Sedekad, Satukan Bintang A-List Malaysia Indonesia
Tiada Kaitan Dengan Da’i Syed’

Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 58, menegaskan karya tersebut adalah fiksyen semata-mata dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana individu.
Jelasnya, dia tidak pernah mengikuti perjalanan hidup individu yang dimaksudkan, justeru mustahil untuk menghasilkan karya berdasarkan sesuatu yang tidak diketahui kesahihannya.
Mana ada! Drama itu tiada kaitan dengan dia (Syed) pun. Apa yang berlaku kepada dia pun, saya sendiri tak tahu kebenarannya.
Jadi, saya tak reti nak buat benda-benda yang saya tak tahu. Saya pun tak nak menyentuh isu orang yang kita tak tahu kebenaran yang sebenar-benarnya. Itulah maksud saya, saya tidak menidakkan ataupun mengiyakan.
Terdahulu, seorang netizen mendakwa drama berkenaan diinspirasikan daripada kisah Syed yang kini berdepan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan merogol seorang wanita.
Mengulas mengenai idea penghasilan drama tersebut, Erma berkata proses penggambaran berjalan lancar sekitar Februari lalu, selain melibatkan kerjasama rentas negara antara pelakon Malaysia dan Indonesia.
Drama ini gabungan pelakon Malaysia dan Indonesia. Saya berharap selepas ini akan lebih banyak lagi drama atau filem yang menggabungkan artis Malaysia-Indonesia.
Macam satu ketika dahulu filem Gadis Hitam Putih. Sudah lama kita tidak buat usahasama seperti ini.
Jangan Panggil Aku Gus menampilkan barisan pelakon popular dari Malaysia dan Indonesia seperti Bara Valentino, Lukman Sardi, Elina Joerg, Bima Samudera, Anna Jobling, Puteri Sarah, Umie Aida dan Vanida Imran.
The post ‘Drama Panggil Aku Gus Tiada Kaitan Dengan Da’i Syed’ – Erma Fatima first appeared on OHBULAN!.





