Jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa berpandangan tidak semua pasangan raja sehari sesuai menggayakan busana berona putih pada majlis akad nikah.
Artikel Berkaitan: ‘Selesai Beraya? Sebelum Balik, Tolong Kemas Semula Rumah Mak Kalian’ – Alha Alfa
Nikah putih

Menerusi perkongsian di Threads, Alha menjelaskan pemilihan warna putih perlu dibuat dengan teliti kerana terdapat pelbagai jenis tona putih yang boleh memberi kesan berbeza kepada penampilan.
Menurutnya, kesilapan memilih tona putih boleh menyebabkan keseluruhan gaya pengantin kelihatan kusam.
Nasihat saya, tak semua sanding sesuai pakai putih. Silap pilih, muka nampak kelabu. Putih ni ada banyak jenis, ‘cool white’, ‘warm white’, ‘off white’, ‘neutral white’, ‘cream’ dan macam-macam lagi.
Solekan secantik mana pun, tetap boleh nampak kelabu kalau salah pilih tona putih.
Tambah Alha, pemilihan warna putih seharusnya disesuaikan dengan tona kulit, bukannya bergantung kepada solekan semata-mata.
Untuk yang nak pakai baju dan tudung putih, cari tona yang kena dengan kulit, bukan ikut solekan.
Kalau urat nampak biru, sesuai dengan ‘cool white’. Kalau urat kehijauan, pilih ‘off white’. Kalau kedua-duanya ada, ambil putih yang neutral, tak terlalu biru dan tak terlalu kuning.
Perkongsian itu sekali gus menjadi panduan berguna buat bakal pengantin agar tampil lebih seri dan menyerlah pada hari bahagia tanpa tersilap memilih rona putih yang sesuai.
Sumber: Threads
The post ‘Tak Semua Orang Sanding Sesuai Pakai Putih’ – Alha Alfa Bagi Tips Elak Muka Nampak Kelabu Waktu Nikah first appeared on OHBULAN!.





