32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Pengukuhan ringgit, unjuran IMF bukti dunia yakini ekonomi Malaysia’

    Shopee Sale

    Pengukuhan berterusan ringgit serta peningkatan unjuran ekonomi oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan kekuatan asas ekonomi negara dan keyakinan pelabur terhadap hala tuju pentadbiran Malaysia Madani.

    Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim, berkata perkembangan tersebut juga merupakan mesej jelas bahawa Malaysia sedang kembali muncul sebagai destinasi ekonomi dan pelaburan diyakini di rantau Asia.

    Memetik laporan CNBC Indonesia, Muhammad Kamil berkata, ringgit mencatatkan peningkatan sekitar 2.64 peratus berbanding dolar AS sehingga penghujung April lalu, sekali gus meletakkan Malaysia pada kedudukan teratas dalam prestasi mata wang Asia, diikuti China dan Singapura.

    “Apa yang lebih membanggakan, pengukuhan ini bukan berlaku secara sementara atau bersifat spekulatif.

    “Sebaliknya, (ia) menunjukkan trend yang konsisten dan berterusan hasil kekuatan asas ekonomi negara serta keyakinan pelabur terhadap hala tuju pentadbiran Malaysia Madani,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Tei mahu IGP jelaskan status laporan ke atas menantu Musa Aman

    Muhammad Kamil berkata kekuatan ringgit hari ini tidak berlaku secara kebetulan tetapi disokong oleh faktor-faktor seperti pertumbuhan ekonomi negara yang mampan, aliran masuk pelaburan asing positif, kestabilan politik, reformasi ekonomi jelas, serta keyakinan pelabur antarabangsa terhadap dasar kerajaan dan Bank Negara Malaysia.

    “Pengukuhan ringgit bukan sekadar angka di pasaran kewangan tetapi simbol keyakinan dunia terhadap kestabilan dan masa depan ekonomi Malaysia,” katanya.

    Dia berkata, pada masa sama, IMF menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia 2026 kepada 4.7 peratus berbanding 4.3 peratus sebelum ini, memperlihatkan keyakinan lebih tinggi terhadap ekonomi Malaysia walaupun ekonomi dunia berdepan ketidaktentuan.

    “Peningkatan unjuran ini jelas menunjukkan bahawa Malaysia berada pada landasan ekonomi lebih kukuh berbanding banyak negara lain, didorong oleh permintaan domestik yang mantap, asas eksport pelbagai serta keyakinan pelabur terhadap kestabilan dasar negara,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah