28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Yayasan Siti Nurhaliza Beri Insentif RM500 Kepada Pelajar PTTI ‘Straight A’ SPM

    Shopee Sale

    Yayasan milik Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Yayasan Nurjiwa buat julung kalinya memperkenalkan insentif RM500 kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh ‘straight’ A dalam semua mata pelajaran.

    Artikel Berkaitan: Nabila Razali & Bella Astillah Bersama PTTI Raikan ‘Batch 07’ Terima Keputusan SPM, ‘Straight A’ Dapat Insentif RM500

    Artikel Berkaitan: Fattah Amin Ajak Pelajar Sertai Sesi Percubaan Percuma PTTI, Bekas SPM Nak ‘Repeat’ Balik Peperiksaan – ‘Demi Abang Saya Daftar Sekarang’

    Insentif RM500

    Sebagai penghargaan terhadap kecemerlangan akademik, Yayasan Nurjiwa turut bekerjasama dengan pusat tuisyen terkemuka PTTI yang membabitkan seramai 401 pelajar menerima insentif ini yang keseluruhannya berjumlah RM200,500.

    Siti, 46, berkata, insentif itu bertujuan memberi motivasi kepada pelajar untuk terus mencapai kejayaan akademik selain memberi dorongan kepada calon SPM pada masa akan datang untuk bekerja lebih keras mendapatkan keputusan cemerlang.

    Alhamdulillah, ini merupakan kali pertama Yayasan Nurjiwa menyerahkan insentif kepada pelajar cemerlang SPM 2024 yang peroleh keputusan semua A.

    Harapan Yayasan Nurjiwa agar dengan usaha ini dapat memberikan motivasi kepada calon-calon SPM akan datang supaya berusaha memperoleh kejayaan yang sama.

    Semoga pelajar SPM tahun akan datang akan lebih berkobar-kobar juga untuk belajar bersungguh-sungguh, insya-Allah.

    Siti berkata demikian ketika ditemui di Majlis Anugerah Inspirasi PTTI 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Ahad.

    Bantu golongan B40

    Tambah Siti, Yayasan Nurjiwa juga kini sedang komited membantu golongan pelajar kurang berkemampuan dengan menyediakan makanan harian untuk hampir 100 pelajar dari golongan B40 serta anak yatim untuk beberapa buah universiti terpilih.

    Sudah sejak beberapa tahun lalu, Yayasan Nurjiwa giat menyediakan makanan kepada hampir 100 pelajar yang kurang berkemampuan, terutamanya pelajar yang datang daripada golongan B40 untuk beberapa buah universiti terpilih.

    Bukan itu saja, Yayasan Nurjiwa juga menyediakan bantuan makanan kepada anak-anak yatim sejak beberapa tahun lalu dan diharapkan ia dapat membantu lebih ramai pelajar memerlukan lagi.

    Kami faham ada dalam kalangan pelajar universiti yang kurang berkemampuan, jadi ini adalah antara usaha Yayasan Nurjiwa hulurkan bantuan kepada mereka.

    Sementara itu, pada majlis sama PTTI turut diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai ‘Most Straight A’s SPM Students in a Tuition’ dan ‘Most Straight A’s Obtained By A Tuition’.

    MENARIK:  [VIDEO] Anak Masuk Dua Bulan, Aqil Zulkiflee Sambut Di Hotel Mewah – ‘Dia Sebenarnya Meraikan Yang Melahirkan’

    Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Puan Siti Farhana Abu Osman, berkata, kejayaan yang diraih adalah hasil kerja keras pelajar, tenaga pengajar dan juga ibu bapa.

    Kejayaan ini bukan sahaja milik PTTI, tetapi milik semua ibu bapa dan pelajar yang tidak pernah putus asa. Ini adalah bukti bahawa pendidikan berkualiti dan sistematik mampu mengubah masa depan seseorang pelajar.

    The post Yayasan Siti Nurhaliza Beri Insentif RM500 Kepada Pelajar PTTI ‘Straight A’ SPM first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah