33.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Uyaina Arshad Dedah Kereta Ibu Bapa Mentua Dihentam Suspek Buruan Polis

    Shopee Sale

    Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad menzahirkan raya syukur atas keselamatan ibu bapa mentuanya susulan kemalangan jalan raya yang menimpa malam tadi.

    Artikel Berkaitan: Uyaina Buka Akaun Simpanan Untuk Anak – ‘Kalau Celik Kewangan, Kita Boleh Buat Macam-Macam Untuk Masa Depan Mereka’

    Artikel Berkaitan: ‘Nak Letak Nama Anak Urelius, Tapi Tak Jadi..Risau Dia Kena Ejek Di Sekolah’ – Uyaina Arshad

    Kemalangan jalan raya

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 34, meluahkan rasa syukur kepada tuhan kerana melindungi orang-orang yang disayanginya.

    Tambah Uyaina, dia turut bersyukur masih dikurniakan rezeki untuk memiliki ibu bapa mentua ekoran hentaman yang kuat pada kereta.

    Bangun pagi dengan rasa sangat bersyukur.

    Apa yang jadi malam tadi boleh bertukar menjadi tragedi.

    Terima kasih Ya Allah kerana melindungi orang-orang yang aku sayang. Terima kasih kerana masih meminjamkan mereka kepadaku.

    Dalam pada itu, Uyaina berkongsi kronologi kemalangan apabila dikatakan penjenayah melanggar lampu isyarat sekali gus menghentem kereta yang dipandu ibu bapa suaminya, Raja Syahiran dengan kelajuan tinggi.

    Semuanya terasa seperti babak dalam filem.

    Polis sedang mengejar penjenayah yang membawa dadah. Penjenayah langgar lampu merah dan hentam kereta ibu bapa mentua saya dengan kelajuan tinggi.

    Alhamdulillah, syukur sangat mereka selamat.

    Sumber: Threads @uyainaarshad

    MENARIK:  Individu Terharu Kenang Shaheizy Sam Santuni Arwah Bapa Sakit Strok – ‘Dia Terus Bangun Datang Dekat Meja & Bergambar’

    The post Uyaina Arshad Dedah Kereta Ibu Bapa Mentua Dihentam Suspek Buruan Polis first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah