26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    KKM tubuh pasukan khas teliti isu kekurangan doktor, pakar perubatan negara

    Shopee Sale

    Kementerian Kesihatan telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas Antara Kementerian bagi meneliti isu kekurangan doktor dan pakar perubatan termasuk aspek pengekalan bakat dalam sektor kesihatan negara.

    Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata satu garis masa khusus telah ditetapkan bagi memperhalusi dan merangka penyelesaian menyeluruh terhadap perkara berkenaan.

    "Persoalan kekurangan doktor, pakar perubatan sudah berlarutan sejak sekian lama, dan sebagai kementerian yang berdasarkan kemudahan serta perkhidmatan kesihatan, kami dengan 151 hospital, tentunya berdepan pelbagai permasalahan.

    "Saya sedar, dan saya meminta Ketua Setiausaha kementerian dan Ketua Pengarah Kesihatan untuk bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi selain Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan menangani perkara ini, khususnya di Sabah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Wellness Hub Sandakan hari ini.

    Beliau berkata masalah kekurangan doktor harus ditangani secara tuntas bersama-sama kementerian lain dengan lebih bersistematik.

    Dzulkefly berkata pasukan petugas khas itu turut meneliti cadangan penambahbaikan insentif kepada pegawai perubatan termasuk elaun perpindahan bagi menggalakkan penempatan di Sabah.

    MENARIK:  FAM gantung Persatuan Bolasepak Perlis sebab tak patuh arahan Fifa

    “Saya mahu perkara ini dilihat dalam jangka panjang... tidak ada sebab mengapa insentif seperti ini tidak boleh diberikan kepada doktor yang komited untuk berkhidmat di Sabah,” katanya.

    Beliau juga berkata seramai 42 pegawai perubatan siswazah telah ditempatkan di Hospital Duchess of Kent di sini baru-baru ini.

    Sementara itu, Dzulkefly berkata kementerian akan mengemukakan cadangan balas dalam masa terdekat berhubung langkah pengurangan perbelanjaan operasi oleh Kementerian Kewangan yang melibatkan sektor kesihatan.

    Baru-baru ini, Kementerian Kewangan mencadangkan pengurangan perbelanjaan operasi berjumlah RM5.4 bilion membabitkan sektor kesihatan dan pendidikan tinggi sebagai sebahagian usaha mengukuhkan kedudukan fiskal negara.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah