32.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bekas perisik Blossom Wong meninggal dunia pada usia 88 tahun

    Shopee Sale

    Bekas pegawai Cawangan Khas, “Blossom” Wong Kooi Fong, yang pernah dijuluki dengan gelaran "perisik Malaysia yang memakai cheongsam" meninggal dunia hari ini pada usia 88 tahun.

    Bekas ejen risikan pada era 1960-an itu meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur akibat strok yang berpunca daripada pendarahan otak, menurut anak perempuannya, Dr Christina Blossom Welch, kepada Malaysiakini.

    “Dia sihat-sihat saja semalam. Kami membawanya ke jabatan kecemasan pagi semalam sebelum meninggal dunia awal pagi ini.

    “Semua ini berlaku dengan sangat cepat dan tidak dijangka. Saya bersamanya ketika dia mula berasa tidak sihat, saya bersamanya dalam ambulans, dan saya bersamanya pagi ini,” kata Christina.

    Christina berkata upacara penghormatan terakhir untuk ibunya akan diadakan pada 3 dan 4 Mei di Nirvana 2, Kuala Lumpur, diikuti pengebumian pada 5 Mei.

    MENARIK:  Bekas CEO dakwa ada bukti Hajiji 'salah guna kuasa', nafi wujud pakatan

    Dilahirkan di Sungai Besi, Kuala Lumpur, Wong bersara daripada pasukan polis pada tahun 1993 selepas 36 setengah tahun berkhidmat.

    Ketika itu dia mengetuai Bahagian Siasatan Keganasan Seksual, Penderaan Kanak-kanak dan Keganasan Rumah Tangga di Bukit Aman di bawah kepimpinan Ketua Polis Negara ketika itu, Haniff Omar.

    Nama samaran “Blossom” yang diambil daripada hobinya sejak kecil menanam bunga, digunakan sebagai identiti penyamaran pada awal kerjayanya ketika menjalankan pengawasan bagi mengumpul maklumat risikan mengenai kegiatan komunis.

    Menurut artikel oleh portal JUICEpada 2024, antara pencapaiannya ialah pernah mengetuai operasi untuk menyelamatkan gadis bawah umur yang terperanangkap dalam sindiket pelacuran tempatan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah