32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Tak Ada Benda Yang Nak Dimalukan Artis Kahwin Dengan Kru’ – Yuna Rahim

    Shopee Sale

    Pelakon Yuna Rahim menegaskan bahawa dia tidak melihat sebarang isu bagi seorang selebriti untuk mendirikan rumah tangga bersama kru produksi.

    Artikel Berkaitan: Yuna Rahim Kagum Lihat Intan Najuwa ‘Turun Padang’ Layan Pelanggan Di Kafe Setiap Hari – ‘Dalam Keadaan Hamil, Dia Masih Kuat’

    MENARIK:  Amy Search Adakan Konsert Solo Pertama Selepas 44 Tahun Cipta Fenomena, Gegarkan Axiata Arena 26 April Ini

    Artikel Berkaitan: ‘Tak Faham Dengan Lelaki Yang Bercakap, Bergurau Tanpa Berfikir’ – Yuna Rahim

    Rezeki halal

    " data-video-id="7633727917012602133" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @suhanchannelofficial

    “Artis kahwin dengan krew… okay ke?” Setiap hari Ahad | 9.00 malam 📍Jangan lupa follow & tonton kami di: • YouTube Suhan Channel • ⁠YouTube AC GAS TV • ⁠Spotify Suhan Channel @Rosyam Nor @Fazira Wan Chek @CEO TONG GAS RINGAN @ACGAS TV #Podcast #Hitamputihkehidupan #Musim6 #ACGAS

    ♬ original sound – Suhan Channel Official – Suhan Channel Official

    Menerusi perkongsian sebuah podcast bersama Suhan Channel Official, Yuna atau nama sebenarnya Shafiqah Husna Abdul Rahim, 30, berpandangan tiada apa yang perlu dimalukan untuk berkahwin dengan seorang kru selagi pasangannya itu bukan penjenayah dan mencari rezeki secara halal.

    Menurutnya, dia dan suaminya, Muhammad Nurakmal Ayub berkenalan ketika berada di set penggambaran drama bersiri berjudul ‘Gelora’ terbitan RTM.

    Bagi saya, tak ada benda yang nak dimalukan untuk artis berkahwin dengan seorang kru produksi.

    Asalkan dia bukan penjenayah, dan mencari rezeki yang halal.

    Kami berdua berkenalan dekat set drama Gelora untuk RTM.

    Tertarik dengan penampilan

    Berkongsi lanjut, aktres drama ‘The Gadis’ itu mengakui tertarik dengan penampilan suaminya yang ketika itu berambut panjang, selain menyifatkannya tetap kacak sama ada berambut panjang mahupun pendek.

    Saya jatuh cinta dengan dia sebab ada rambut panjang macam samurai.

    Dia ada misai, memang elok rupanya.

    Rambut dia panjang masa itu.

    Tapi ketinggian dia lebih rendahlah daripada saya.

    Sekarang ini dia tengah bela rambut panjang semula.

    Walaupun rambut dia pendek pun tetap handsome.

    Dalam pada itu, Yuna menyatakan keyakinan penuh terhadap pasangannya, namun tetap bersikap terbuka sekiranya berlaku perkara di luar jangkaan.

    Saya tak takut kalau ada orang lain nak ambil suami saya, sebab saya yakin.

    Tapi kalau dia nak buat hal, biarlah dia buat hal.

    Tak apa, biar dia buat hal.

    Maksudnya dia aniaya insan yang dicintai macam Itu.

    Dalam masa sama, dia turut mengakui tempoh perkenalan mereka sangat singkat, malah keputusan untuk berkahwin dibuat secara spontan selepas suaminya meluahkan perasaan.

    Saya berkawan dengan dia sekejap.

    Saya yang syok kat dia, saya kata, ‘Akmal, kau ni handsome, tapi kau pendek’.

    Kami jumpa selepas habis shooting, sebab masa itu ada shooting dekat Kuala Kangsar.

    Balik Kuala Lumpur, terus ajak jumpa.

    Suami saya terus cakap ‘Yuna, kalau kau betul suka kat saya, jom kita kahwin.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] ‘Tak Ada Benda Yang Nak Dimalukan Artis Kahwin Dengan Kru’ – Yuna Rahim first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah