29.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Amir Ahnaf Dedah Jadi Pewaris Saka, Akui Sukar Untuk Didekati- ‘Orang Itu Akan Curang’

    Shopee Sale

    Pelakon Amir Ahnaf mendedahkan dirinya sebagai pewaris saka keturunan keluarganya sejak berusia 17 tahun.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Bagi Tamparan Realiti, Susah Kalau Wajah Sama’ – Amir Ahnaf Dedah Minat Adik Ceburi Industri Seni

    MENARIK:  Redza Rosli Ada Sebab Umum Lambat Berita Kelahiran Aydrean Raess – ‘Tanggungjawab Bapa Sangat Besar’

    Artikel Berkaitan: Peminat Rayu Amir Ahnaf Jangan Cepat Kahwin – ‘Mental Aku Belum Kuat’

    Pewaris saka

    " data-video-id="7634802574109052181" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @sembangseram

    Dalam family setiap orang ada saka? Gila banyak wehh 😱 #amirahnaf #sembangseram #podcast #ceritaseram #amirahnaff

    ♬ original sound – sembangseram – sembangseram

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di podcast Sembang Seram, Amir atau nama penuhnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 26, memaklumkan saka keturunan itu berfungsi sebagai penjaganya.

    Difahamkan, saka tersebut tidak mengganggunya namun lama-kelamaan pelakon berusia 26 tahun itu mula menyedari dirinya sering tidak sihat selain meninggalkan solat dengan sengaja.

    Mak aku cakap saka tak kacau tapi dia jaga aku.

    Bila dah lama-lama aku perasan makin tak sihat. Aku selalu tinggal solat.

    Saka itu jadi pedamping aku selama bertahun-tahun. Moyang aku dulu ada saka sebab jaga tanah.

    Bila tuan dia dah tiada, saka itu turun pada keturunan.

    Saka cemburu

    Dalam pada itu, Amir turut berkongsi keburukan menjadi pewaris saka keturunan apabila dirinya sering dijauhkan daripada wanita yang ingin dijadikan kekasih.

    Kesan buruk bila biarkan saka duduk dengan kita adalah dia cemburu bila kita nak cari pasangan.

    Aku perasan setiap kali aku nak sayang seseorang, orang itu akan menjauh.

    Orang itu akan cepat marah, akan curang. Mak aku cakap sebab saka itu tak bagi aku ada kekasih.

    Sumber: TikTok @sembangseram

    The post [VIDEO] Amir Ahnaf Dedah Jadi Pewaris Saka, Akui Sukar Untuk Didekati- ‘Orang Itu Akan Curang’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah