Poskad Cinta Dari Istanbul terus mengukuhkan kedudukan dalam industri hiburan digital menerusi tayangan Filem TV (FTV).
Artikel Berkaitan: UTV Angkat Bakat Baharu, Cungkil Kreativiti & Idea Segar Karya Tempatan
Artikel Berkaitan: Erma Fatima Dilantik Jadi Penasihat Saluran UTV Usanita Entertainment, Buka Ruang Bakat Tempatan Berkarya
UTV

Menurut Presiden UTV merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Group, Datuk Adzliana Hasan, sokongan peminat bukan sahaja mengangkat kejayaan karya ini, malah turut memperkukuhkan jenama sebagai platform pilihan.
Apa yang kami hasilkan bukan hanya untuk kami, tetapi juga untuk peminat mereka yang sangat supportive.
Kami menghargai sokongan ini, dan secara tidak langsung mereka kini juga menjadi peminat setia UTV.
Mengulas lanjut mengenai sekuel bagi Poskad Cinta Dari Istanbul, Adzliana mengambil kejayaan luar jangka karya terdahulu sebagai inisiatif memenuhi citarasa penonton yang menjadi penyokong terbesar UTV.
Tambahnya, sekuel kali ini lebih mengujakan apabila penonton dapat melihat gandingan Fattah Amin dan Amira Othman sebagai suami isteri di kaca televisyen.
Sebab jumlah tontonan yang tinggi bagi Poskad Cinta Dari Auckland, ketika itu penonton belum pernah melihat Fattah dan Amira bergandingan, telah memberi impak besar.
Tambahan pula, ia ditayangkan seminggu sebelum hari pernikahan mereka, membuatkan peminat sangat teruja dan menyokong karya tersebut.
Melihat sambutan luar biasa itu, kami tampilkan Poskad Cinta Dari Istanbul sebagai kesinambungan. Kali ini, penonton dapat menyaksikan mereka sebagai pasangan suami isteri di layar, sesuatu yang dinantikan ramai.
Selain itu, Adzliana tidak menolak potensi Poskad Cinta diteruskan ke lokasi baharu namun masih perlu dipertimbangkan daripada segi jalan cerita.
Memang sudah ada perbincangan awal untuk karya seterusnya. Namun, ia bergantung kepada perkembangan jalan cerita. Jika semuanya berjalan lancar, mungkin kita boleh lihat kesinambungan ini sebelum hujung tahun dengan latar musim dan negara yang berbeza. Itu masih kejutan.
FTV ini adalah kesinambungan kepada kejayaan Poskad Cinta Dari Auckland yang sebelum ini mencetuskan fenomena luar biasa dalam kalangan penonton, khususnya peminat pasangan popular Fattah Amin dan Amira Othman.
Poskad Cinta Dari Istabul turut dijayakan dengan barisan pelakon hebat seperti Nora Danish, Sherry Alhadad, Bell Ngasri dan Ajai.
The post Gandingan Fattah Amin & Amira Othman Dalam ‘Poskad Cinta Dari Istanbul’, Taruhan Baru Jadi Tumpuan first appeared on OHBULAN!.





