Pelakon Diana Danielle memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai isu seorang pelakon yang ditahan kerana disyaki positif dadah, susulan nama bekas suaminya, Farid Kamil, dikaitkan dengan insiden tersebut.
Artikel Berkaitan: Diana Danielle Kongsi Muhammad Alami Lumpuh Muka Secara Tiba-Tiba
Artikel Berkaitan: Pelakon Lelaki Ditahan Reman Bantu Siasatan Kes Dadah
Tak wajar

Ketika ditemui , pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson, 35, berkata dia merasakan tidak wajar untuk membuat sebarang komen selain berharap dakwaan itu adalah tidak benar.
Saya pun tidak boleh nak komen dengan lebih lanjut tentang isu ini sebab saya tidak tahu apa yang berlaku sekarang.
Saya tidak tahu nak cakap apa lagi. Apa pun saya harap ia tidak benar.
Saya mendoakan yang terbaik untuk dia.
Diana berkongsi perkara ini ketika ditemui di acara perasmian produk Numinara yang diadakan di Comman Ground KLCC, Kuala Lumpur pada Khamis.
Dalam pada itu, pelakon filem Magika itu juga menegaskan keutamaannya ketika ini adalah kebajikan dan masa depan anak-anak mereka.
Doa yang terbaik

Diana juga mendoakan yang terbaik buat Farid dan berharap mereka berdua dapat menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan baik.
Semoga saya dan dia dapat jalankan tanggungjawab membesarkan anak dengan baik walau apa pun yang terjadi.
Saya harapkan yang terbaik dan mahu dia berjaya. Bila kita dapat membesarkan anak sama-sama dengan baik akan memberikan hasil yang terbaik juga buat anak-anak.
Ketika ditanya sama ada Farid ada melawat anak sulung mereka, Muhammad yang kini kurang sihat, Diana memaklumkan bekas suaminya itu masih kerap bertemu anak-anak.
Sudah tentu dia ada melawat. Anak-anak dan dia sangat rapat. Setiap minggu mereka akan berjumpa. Hubungan mereka masih sama kerana anak-anak tidak dapat hidup tanpa dia.
Saya sentiasa menyokong perjalanan Farid bersama anak-anak kerana bagi saya sangat penting membesar dengan kehadiran figura seorang bapa.
Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai pelakon lelaki terkenal ditahan polis selepas ujian saringan air kencing didapati positif dadah sehingga mengaitkan nama Farid.
Bagaimanapun, pelakon itu terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan membenarkan dia membayar hukuman denda sebanyak RM5,000.
The post Diana Danielle Enggan Komen Isu Nama Farid Kamil Dipetik Pelakon Ditahan Dadah – ‘Harap Tidak Benar’ first appeared on OHBULAN!.





