
Usahawan dan juga pempengaruh yang dikenali sebagai Prince Syed Shahid bengang dilayan buruk oleh jurujual gara-gara berpakaian ‘biasa’ ketika mahu membeli emas, baru-baru ini.
Pakai biasa-biasa je

Menerusi perkongsian di TikTok, Syed Shahid berkata dia pergi ke kedai tersebut kerana mahu membelikan isterinya, Fatin Syazwani Ishak emas.
Menurut Syed Shahid, dia dan isterinya mengenakan pakaian biasa pada hari itu kerana mahu kelihatan santai.
Menyesal datang sini. Padahal bajet hampir RM 90,000 nak berbelanja emas untuk isteri. Raya kali ini isteri berkenan nak cari reka bentuk bunga-bunga, baru tanya pasal cincin tetapi layanan yang diberikan buruk, kurang ajar.
Saya sampai berhenti buat video kerana menyampah dengan layanan diberikan. Ingat saya ni tiada duit ke? Inilah dunia, kalau kaya sekalipun pakai pakaian biasa orang tidak akan pandang.
Ini kan pula orang yang tidak berkemampuan, macam mana agaknya layanan yang diberikan.
Lelaki itu turut meluahkan rasa kesal dengan perbuatan jurujual tersebut yang didakwa memberikan layanan tidak acuh kepadanya.
Kesal sangat-sangat dengan kedai emasi ini, serius kesal dengan staf dia. Staf siap baling cincin dekat kami. Macam mana boleh layan pelanggan macam ini.
Selepas itu, dia tinggi suara dekat saya dan isteri dan pandang kami macam tiada duit dengan muka sinis.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen ramai netizen mengkritik tindakan jurujual emas itu kerana memberikan layanan buruk terhadap pasangan tersebut.
Sesetengah mereka mempersoalkan tindakannya melempar cincin tersebut kepada Syed Shahid dan isteri.
‘Kenapa dia lempar..’






